Cara Menunaikan Solat Sunat Hajat

Solat Sunat Hajat ialah solat yang dilakukan apabila seseorang itu mempunyai hajat yang baik sama ada untuk agama atau dunianya atau didalam keadaan kesulitan atau untuk menolak bencana dan dugaan. Ada ulama mengatakan bahawa sesetengah dari doa yang tidak tertolak ialah solat hajat.

Solat Hajat adalah sebagai bentuk doa dan permohonan kepada Allah SWT untuk memohon keberkatan, perlindungan, dan pertolongan dalam menghadapi urusan penting atau keperluan khusus dalam kehidupan sehari-hari. Solat Sunat Hajat boleh dilakukan secara individu atau berjemaah. Selain itu, Solat sunat Hajat juga dilakukan dengan pelbagai cara dan ianya boleh didirikan sehingga 12 rakaat dan paling minima adalah 2 rakaat.

Berikut adalah beberapa panduan Solat Sunat Hajat:

Lafaz dan Niat : Usolli sunnatal hajati rakataini lillahi taala

Maksudnya : ” Sahaja aku solat sunat Hajat dua rakaat kerana Allah Taala.”

1. Rakaat pertama : Surah Al-Fatihah (1kali) dan Surah Al-Kafirun (dibaca dengan 1 kali atau 11 kali).

2. Rakaat Kedua : Baca Surah Al-Fatihah (1x) dan Surah Al-Ikhlas (dibaca 1x atau 11x)

3. Membaca Tasbih: ( semasa sujud akhir dalam rakaat yang kedua, ucapkanlah :

“Lailaha illa Anta Subahanaka Inni Kuntu Minazolimin”

4. Bacaan wirid selepas Solat Hajat

-Istigfar 10 kali atau 100 kali

Astagfirullah hal’azim allazi Laillaha Illaa Hual Hayyul Qayyum Wa Atubu Illaih.

maksudnya :

(Aku meminta ampun kepada Allah yang Maha Agung, Tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup dan Maha Berdiri Sendiri dan aku bertaubat padaMu Ya Allah)

-selawat ke atas Nabi Muhammad s.w.t )10 kali atau 100 kali

Allahhuma solli ala Muhammad wa ala alihi Muhammad

Maksudnya :

(Ya Tuhan kami selawatlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya)

5.Doa penutup Solat Sunat Hajat:

Penting untuk diingat bahawa Solat Sunat Hajat bukanlah solat wajib, tetapi sunat. Oleh itu, ia adalah sesuatu yang dianjurkan tetapi bukan diwajibkan untuk dilakukan. Adapun dalam melaksanakan solat sunat hajat, kita perlu memastikan niat yang ikhlas, khusyuk dalam ibadah, dan berdoa dengan keyakinan kepada Allah SWT.

Leave a Comment