Solat Gerhana Bulat : Niat & Panduan Solat

By mukmin

Solat gerhana bulan merupakan solat sunat yang dikerjakan sewaktu berlakunya fenomena gerhana bulan. Solat Sunat Gerhana Bulan juga turut dikenali sebagaiย Solat Khusuf.

Solat gerhana boleh dilakukan secara bersendirian atau berjemaah, namun lebih baik jika dilakukan secara berjemaah.

Apabila berlaku gerhana bulan, disunatkan bagi umat Islam untuk mendirikan solat sunat gerhana.

  • Gerhana bulan biasanya berlaku pada pertengahan bulan hijrah.
  • Biasanya berlaku pada waktu malam.
  • Fenomena ini sering berlaku.
  • Disunatkan membaca al-Fatihah dan surah secara kuat (jahar) dalam Solat Gerhana Bulan.

Tujuan solat ini adalah untuk menunjukkan rasa kagum terhadap kebesaran ciptaan Allah SWT, dan tidak dilakukan kerana membesarkan Bulan yang sedang mengalami gerhana itu.

Pengertian Gerhana Bulan (Khusuf)

Khusuf (ุฎุณูˆู) merujuk kepada hilangnya atau berkurangnya cahaya bulan, sama ada sebahagian atau sepenuhnya terlindung.

Walaupun kedua-dua perkataan ini merujuk kepada gerhana matahari dan bulan, perkataan khusuf khusus digunakan untuk menggambarkan gerhana bulan.

Hukum Solat Gerhana

Hukum melaksanakan solat gerhana, sama ada gerhana matahari atau bulan, adalah sunat muakkad.

Ibadah ini merupakan sunat yang sangat digalakkan untuk dilakukan, dan ia juga mendatangkan pahala yang besar.

Jumlah Rakaat Solat Gerhana Bulan

Solat sunat gerhana bulan ini dilakukan sebanyak 2 rakaat, sama seperti solat sunat yang lain.

Perbezaannya ialah solat ini mempunyai 4 kali bacaan Al-Fatihah, 4 kali rukuk, dan 4 kali sujud dalam 2 rakaat.

Niat Solat Gerhana Bulan

Berikut lafaz niat solat gerhana bulan.

Niat solat gerhana bulan
Usolli Sunnatal Khusuu-fi Rakโ€™ataini Lillahi Taalaย 

Maksudnya : Sahaja aku solat sunat Gerhana Bulan dua rakaat kerana Allah Taala.

Cara Mengerjakannya

Tata cara solat sunat gerhana ini berbeza sedikit daripada solat sunat yang lain.

Solat ini mempunyai 2 kali rukuk pada setiap rakaat. Bacaan tasbih pada setiap rukuk dan sujud diperbanyakkan sehingga 100 kali.

Cara mengerjakan Solat Sunat Gerhana adalah seperti berikut:

RAKAAT PERTAMA

1. Dimulakan dengan mengangkat takbiratul ihram. Semasa mengangkat takbir, bacakan niat dalam hati

2. Tangan diletakkan di antara pusat dan dada.ย Selepas itu bacalah doa Iftitah

3. Membaca surah Al-Fatihah

4. Seterusnya, pilih dan baca mana-mana surah dari Al-Quran yang diinginkan

5. Selesai sahaja membaca surah, ia diteruskan dengan rukuk pertama dengan membaca tasbih sebanyak 100 kali

    Solat Gerhana Bulan
    ย Subhana Rabbiyal โ€˜AziiMi Wa Bihamdihย (100 Kali)

    6. Selepas selesai rukuk pertama, maka lakukan Qiyam (berdiri sekali lagi) kali kedua pada Rakaat Pertama

    7. Selepas selesai membaca surah pilihan, teruskan dengan rukuk kedua dalam rakaat pertama dan bacalah tasbih sebanyak 90 kali

    8. Rukuk dan bangun iktidal

    9. Lakukan sujud sambil membaca tasbih sebanyak 100 kali

    10. Duduk antara 2 sujud

    11. Sujud kedua pada rakaat pertama dan membaca tasbih (90 kali)

    12. Berdiri ke rakaat kedua

    RAKAAT KEDUA

    1. Dimulai dengan lafaz takbirย intiqalat

    2. Membaca surah Al-Fatihah

    3. Baca mana-mana surah pilihan dalam Al-Quranย 

    4. Lakukan rukuk ketiga pada rakaat kedua dengan membaca tasbih sebanyak 70 kali

    5. Bangun qiyam kali kedua pada rakaat kedua

    6. Setelah selesai membaca surah pilihan, lakukan rukuk keempat dalam rakaat kedua sambil membaca tasbih sebanyak 70 kali

    7. Rukuk dan bangun iktidal

    8. Lakukan sujud ketiga pada rakaat kedua sambil membaca tasbih sebanyak 70 kali.

    9. Duduk antara dua sujud ( sunat dipanjangkan tempohnya ketika duduk antara dua sujud ini)

    10. ย Kemudian, lakukan sujud ketiga pada rakaat kedua dengan membaca tasbih sebanyak 50 kali

    11. Duduk tahiyyat akhir

    12. Solat diakhiri dengan memberi salam

      Leave a Comment