Sayyidul Istighfar ialah penghulu segala istighfar yang merupakan salah satu doa taubat yang sangat digalakkan untuk diamalkan. Ia dianggap sebagai doa istighfar yang paling lengkap dan terbaik, sebagaimana yang diajarkan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW.
Sebagai hamba Allah yang kadang kala lalai dan melakukan dosa, kita perlu sentiasa bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah SWT dengan memperbanyakkan istighfar.
Bacaan Sayyidul Istighfarย
Berikut bacaan Sayyidul Istighfar dalam arab dan rumi.
ุงููููููู ูู ุฃูููุชู ุฑูุจููู ูุงู ุฅููููู ุฅููุงูู ุฃูููุชู
ุฎูููููุชูููู ููุฃูููุง ุนูุจูุฏููู ููุฃูููุง ุนูููู ุนูููุฏููู ููููุนูุฏููู ู ูุง ุงุณูุชูุทูุนูุชู
ุฃูุนููุฐู ุจููู ู ููู ุดูุฑูู ู ูุง ุตูููุนูุชู
ุฃูุจููุกู ูููู ุจูููุนูู ูุชููู ุนูููููู ููุฃูุจููุกู ุจูุฐูููุจูู
ูุงุบูููุฑู ููู ููุฅูููููู ูุงู ููุบูููุฑู ุงูุฐูููููุจู ุฅููุงูู ุฃูููุชู.
Bacaan Rumi :
Allaahumma Anta Rabbii Laa ilaaha illaa Annta Kholaq-tanii Wa Anaa โAbduka Wa Anaa โAla โAhdika Wawaโ Dika Mas-tathaโ-tu Auudzu-bika Min Syarrimaa Sonaโ-tu Abuu-U Laka Biniโmatika โAlayya Wa Abuu-U Bidzanmmbi, Faghfirlii Fainnahu Laa Yagh-Firudz-zunuuba Illaa Annta.ย
Maksudnya :
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan kecuali Engkau, Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu, dan hamba pasti menuruti ketentuan-ketentuanMu, janji-janjiMu sesuai kemampuanku. Aku meminta penjagaanMu dari buruknya segala perbuatanku, aku mengakui segala nikmat yang Engkau berikan dan mengakui adanya dosa-dosa yang aku lakukan. Tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali engkau.
Kelebihan Sayyidul Istighfar
Sayyidul Istighfar mempunyai banyak kelebihan, antaranya adalah:
1. Dijanjikan Syurga – Sesiapa yang membaca Sayyidul Istighfar pada waktu pagi dan petang, Allah SWT menjanjikan syurga baginya sekiranya dia meninggal dunia pada hari tersebut, sama ada pada waktu pagi atau petang.
2. Diampuni Dosa – Membaca Sayyidul Istighfar dengan niat yang ikhlas dapat menghapuskan dosa-dosa.
3. Mendekatkan Diri kepada Allah – Membaca Sayyidul Istighfar menunjukkan pengakuan kita sebagai hamba yang memerlukan keampunan dan rahmat-Nya. Doa ini memperlihatkan kesedaran diri yang tinggi tentang keperluan untuk sentiasa memperbaiki diri.
4. Rasa Syukur: Melalui istighfar, seseorang menunjukkan rasa syukur atas nikmat yang diberikan oleh Allah SWT.
5. Membuka Pintu Rezeki: Amalan istighfar yang konsisten boleh membuka pintu rezeki yang tidak disangka-sangka.
6. Menenangkan Jiwa: Sayyidul Istighfar membantu menenangkan hati dan menguatkan rohani seseorang.
7. Menjadi Sebab Dimakbulkan Doa: Amalan istighfar ini menjadi salah satu cara untuk doa seseorang lebih mudah dimakbulkan oleh Allah SWT.
Dengan mengamalkan Sayyidul Istighfar secara rutin, kita dapat meraih banyak manfaat dan keberkatan dalam hidup.