Adab Ketika Berdoa

By mukmin

Umat Islam diajar untuk beradab dalam setiap perkara yang dilakukan dalam kehidupan. Ini termasuklah dalam menjaga adab ketika berdoa.

Ketika berdoa, berdoalah dengan sepenuh hati dan bersungguh-sungguh. Tidak kira sama ada selepas solat atau pada bila-bila masa, pastikan doa itu datang dari hati yang ikhlas.

Apa Itu Doa ?

Dalam Islam, doa bermaksud permohonan atau pengharapan yang dipanjatkan oleh seorang hamba kepada Allah SWT dengan penuh kerendahan hati, ikhlas, dan keyakinan untuk mendapatkan sesuatu kebaikan, memohon perlindungan, keampunan, atau pertolongan.

Adab Ketika Berdoa

Berdoa bukan sekadar menadah tangan dan memohon hajat, tetapi terdapat beberapa adab yang perlu kita amalkan seperti:

  1. Berwuduk Sebelum Berdoa – Berdoa dalam keadaan berwuduk adalah lebih afdal, walaupun doa itu dilakukan di luar waktu solat.
  2. Menghadap Kiblat – Walaupun tidak diwajibkan, menghadap kiblat ketika berdoa adalah lebih baik.
  3. Mengangkat Kedua-dua Belah Tangan Sambil Berdoa
  4. Memulakan Dengan Pujian Kepada Allah – Sebelum berdoa, mulakan dengan memuji Allah dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
  5. Berdoa Dengan Merendah Diri – Doa hendaklah dibuat dengan penuh kerendahan hati dan kesopanan, mengakui kebesaran Allah dan kekurangan diri.
  6. Berdoa Dengan Penuh Keyakinan – Berdoalah dengan penuh harapan dan yakin bahawa Allah akan mendengar dan memberikan yang terbaik.
  7. Berdoalah Dengan Suara Yang Lembut.
  8. Tidak Terburu-buru โ€“ Jangan berasa terburu-buru atau kecewa jika doa tidak segera dimakbulkan. Allah memakbulkan doa dalam masa yang terbaik, sama ada segera, tertunda, atau diberikan sesuatu yang lebih baik.
  9. Memahami Isi dan Maksud Doa Yang Dilafaz
  10. Berdoa dengan Sabar dan Tawakkal – Setelah berdoa, berserah dan bertawakkal kepada Allah, menyerahkan segalanya kepada-Nya.

Adab-adab ini membantu untuk memperbaiki hubungan kita dengan Allah dan meningkatkan kesungguhan dalam doa.

Leave a Comment