Puasa Sunat Isnin Dan Khamis : Niat Dan Kelebihannya

Kita semua tahu bahawa terdapat beberapa jenis puasa sunat yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan lebih banyak pahala selain daripada berpuasa di bulan Ramadhan.

Satu daripada puasa sunat yang digalakkan ialah puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. Kita boleh melakukan puasa sunat ini setiap minggu, pada hari Isnin dan juga Khamis.

Niat Puasa Isnin Dan Khamis

Berikut lafaz niat puasa sunat isnin dan khamis:

1. Niat puasa sunat isnin

Puasa Sunat Isnin Dan Khamis
Nawaitu sauma yaumal itsnaini sunnatan illahi ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku berniat puasa sunat hari isnin kerana Allah Taala

2. Niat puasa sunat khamis

Puasa Sunat Isnin Dan Khamis
Nawaitu sauma yaumal khomiisi sunnatan lillahi ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku berniat puasa sunat hari khamis kerana Allah Taala

Kelebihan Puasa Sunat Isnin Dan Khamis

Puasa pada hari Isnin dan Khamis mempunyai banyak kelebihan, antaranya ialah:

  • Mendapat pahala kerana mengikuti sunnah Rasulullah SAW
  • Hari Isnin dan Khamis adalah hari ketika amalan manusia diperiksa
  • Bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan
  • Mendekatkan diri kepada Allah SWT
  • Membantu mendidik nafsu
  • Membentuk jiwa yang sabar
  • Dapat menyihatkan tubuh badan

Leave a Comment