Permohonan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) Siri 1 & Siri 2 Tahun 2025

By mukmin

Darul Quran JAKIM mempelawa para huffaz yang berkelayakan untuk memohon menduduki Peperiksaan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) Siri 1 dan Siri 2 bagi tahun 2025.

Pengenalan

Sijil Tahfiz Malaysia (STM) merupakan sijil rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi mengiktiraf dan memperakui individu yang telah menghafaz 30 juzuk al-Quran. Sijil ini menjadi bukti kebolehan seseorang dalam hafazan al-Quran dan boleh dimanfaatkan dalam pelbagai bidang berkaitan pendidikan Islam serta pembangunan syariah di Malaysia.

Bagi pelajar tahfiz, wajib tahu tips khatam Al-Quran ini.

Syarat Kelayakan Permohonan

Pemohon yang ingin menduduki Peperiksaan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) 2025 hendaklah memenuhi syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 17 tahun dan ke atas
  • Telah menghafaz 30 juzuk al-Quran
  • Mengemukakan surat pengesahan atau rekod hafazan 30 juzuk dari institusi pengajian atau guru tasmi’ yang bertauliah

Jangan lupa juga, untuk buat permohonan UPU 2025, boleh semakn tarikh penting permohonan UPU 2025 ini.

Yuran Permohonan

Setiap permohonan dikenakan bayaran sebanyak RM150.

Cara Permohonan

  1. Pilih Tarikh Peperiksaan
    Pemohon boleh memilih untuk menduduki Peperiksaan STM Siri 1 atau Siri 2 dengan mengisi tarikh pilihan pada borang permohonan.
  2. Hantar Borang dan Kiriman Wang
    Borang permohonan yang lengkap perlu dicetak dan dihantar bersama kiriman wang selewat-lewatnya pada:
    • 28 Mac 2025 (bagi calon Siri 1)
    • 30 Jun 2025 (bagi calon Siri 2)
  3. Pembayaran Yuran Peperiksaan
    Yuran peperiksaan berjumlah RM150 perlu dibayar melalui Kiriman Wang (Money Order) sahaja.
    Kiriman wang hendaklah dibuat atas nama: Pengarah Darul Quran
    Darul Quran JAKIM
    Jalan Hamzah, Ampang Pecah
    44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan
    (u.p.: Jabatan Pengajian Sepanjang Hayat)
  4. Hantar Permohonan
    Borang permohonan beserta kiriman wang perlu dihantar ke alamat berikut: Jabatan Pengajian Sepanjang Hayat
    Darul Quran JAKIM
    Jalan Hamzah, Ampang Pecah
    44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi Darul Quran: Klik di sini untuk memohon.

Kaedah Penilaian

Peperiksaan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) 2025 akan menilai calon melalui tiga komponen utama:

  • Ujian Syafawi al-Quran (Hafazan 30 Juzuk)
  • Ujian Tahriri al-Quran (Penulisan 30 Juzuk)
  • Ujian Bertulis (Pengetahuan Agama Islam)

Penganugerahan Sijil

Calon yang berjaya dalam peperiksaan ini akan dianugerahkan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai pengiktirafan rasmi terhadap pencapaian mereka dalam bidang hafazan al-Quran.

Tarikh Tutup Permohonan

Siri 1: 28 Mac 2025 (Jumaat)
Siri 2: 30 Jun 2025 (Isnin)

Bagi mereka yang memenuhi syarat dan berhasrat untuk mendapatkan pengiktirafan hafazan al-Quran, pastikan permohonan dihantar sebelum tarikh tutup yang ditetapkan.

Semoga permohonan anda diterima, dan banyak-banyakkan melazimi doa dhuha, dan laksanakan solat hajat agar permohonan STM anda diterima.InsyaAllah.

Leave a Comment