Puasa bermaksud menahan diri daripada makan, minum, dan segala perkara yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit matahari hingga terbenam matahari.
Oleh itu, perkara seperti makan dan minum adalah contoh yang paling biasa kita ketahui yang boleh membatalkan puasa.
Mungkin ramai di antara kita masih tidak tahu perkara-perkara apa yang boleh membatalkan puasa. Jadi sebagai seorang Muslim, penting bagi kita untuk memahami hal-hal yang dapat membatalkan puasa agar ibadah kita di bulan Ramadan tidak sia-sia.
Sebelum berpuasa, pastikan anda berniat dahulu, lihat niat puasa sehari dan sebulan.
Apakah perkara yang membatalkan puasa?
Perkara-perkara yang membatalkan ibadah puasa adalah seperti berikut:
1. Makan atau minum dengan sengaja
Jika seseorang sengaja makan atau minum semasa berpuasa, walaupun sedikit, puasanya akan terbatal. Tetapi, jika tindakan itu berlaku secara tidak sengaja atau kerana lupa, puasanya tetap sah dan perlu diteruskan sehingga waktu berbuka.
2. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan
Ini merujuk kepada tindakan memasukkan sesuatu ke dalam rongga tubuh melalui laluan terbuka, walaupun rongga tersebut tidak mampu menyerap makanan atau ubat-ubatan walaupun sedikit.
Ruang tengah melibatkan bahagian otak, bahagian bawah tulang belakang, perut, serta kawasan kemaluan di hadapan dan di belakang.
Laluan terbuka merujuk kepada lubang pada mulut, hidung, qubul dan dubur.
Sekiranya ubat untuk keadaan darurat, ia tidak terbatal seperti vaksin dan lain-lain.
3. Muntah dengan sengaja
Muntah yang disengajakan boleh membatalkan puasa, tetapi tidak bagi muntah yang berlaku secara semulajadi. Jika muntah berlaku secara semulajadi, tidak perlu mengganti puasa dan boleh meneruskan puasa sekiranya mampu.
Perkara ini ada dinyatakan dengan jelas melalui hadis Nabi S.A.W. seperti yang beriku:
Rasulullah bersabda:
“Barangsiapa yang dipaksa muntah sedangkan dia dalam keadaan puasa, maka tidak ada qadaโ baginya. Namun apabila dia muntah (dengan sengaja), maka wajib baginya membayar qadaโ. (riwayat Abu Daud)”
4. Bersetubuh
Bersetubuh yang menyebabkan keluarnya air mani juga akan membatalkan puasa.
5. Mengeluarkan air mani dengan sengaja
Mengeluarkan air mani secara sengaja boleh membatalkan puasa. Namun, jika air mani itu keluar semasa mimpi basah ketika tidur pada siang hari, puasa tidak akan terbatal.
6. Keluar darah haid atau nifas
Wanita yang didatangi haid atau nifas diharamkan daripada berpuasa. Sekiranya haid atau darah nifas tiba-tiba keluar ketika waktu berpuasa, maka secara automatiknya puasa terbatal dan perlu digantikan di kemudian hari.
7. Gila atau murtad
Seseorang yang gila secara automatik terbatal puasanya kerana ibadah ini hanya diwajibkan untuk orang yang sempurna akalnya.
Pada bulan ramadan, jangan lupa istiqamah untuk mengerjakan ibadat, khususnya solat tarawih, ketahui di sini cara mengerjakan solat tarawih.