Malaikat adalah salah satu makhluk ghaib yang diciptakan oleh Allah daripada nur (cahaya). Malaikat tidak memiliki jantina, baik lelaki mahupun perempuan. Mereka juga tidak makan, tidak minum, dan tidak tidur.
Allah menciptakan malaikat untuk mematuhi perintah Allah semata-mata. Firman Allah dalam Surah Al Tahri, ayat 6:
ูุง ูุนุตูู ุงููู ู ุง ุฃู ุฑูู ูููุนููู ู ุง ูุคู ุฑูู
Maksudnya: โMereka (Malaikat) tidak derhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.โย
Senarai Nama Malaikat & Tugasnya
Terdapat 10 nama malaikat beserta tugas-tugasnya yang perlu diketahui oleh setiap umat Islam. Berikut adalah senarai nama malaikat dan peranan mereka sebagai panduan untuk rujukan anda.
Nama Malaikat | Tugas |
---|---|
Jibril | Malaikat Jibril ditugaskan untuk menyampaikan wahyu kepada para nabi dan rasul atas perintah Allah.ย |
Mikail | Diberikan tugas untuk membawa rezeki yang ditentukan Allah kepada setiap manusia dan makhluk Allah yang lain. |
Israfil | Tugas Malaikat Israfil adalah meniup sangkakala pada hari kiamat. |
Izrail | Diberikan tugas untuk mencabut nyawa setiap manusia dan makhluk yang bernyawa atas muka bumi ini atas izin dan perintah Allah. |
Munkar | Menyoal orang yang sudah meninggal di dalam kubur. |
Nakir | Menyoal mayat ketika berada di dalamย kubur. |
Raqib | Mencatat segala amalan-amalan baik manusia. |
Atid | Mencatatkan amalan keburukan dan dosa manusia. |
Ridwan | bertugas sebagai penjaga pintu syurga. |
Malik | bertugas sebagai penjaga pintu neraka. |
Memahami tugas setiap malaikat ini membantu kita meningkatkan kesedaran dan keimanan terhadap peranan mereka dalam kehidupan serta akhirat.