Mengucapkan dua kalimah syahadah adalah rukun Islam yang pertama serta menjadi asas utama dalam agama Islam.
Pengertian Kalimah Syahadah
Syahฤdah (ุงูุดูุงุฏุฉ) membawa maksud kesaksian seseorang yang terlibat atau hadir dalam suatu peristiwa, dengan memberikan maklumat, menceritakan, atau mengakui apa yang diketahuinya melalui pancaindera, sama ada melihat, mendengar, merasa, atau menyentuh sesuatu perkara.
Manakala, dua kalimah syahadah pula merujuk kepada pengakuan lisan yang menyatakan keimanan seseorang terhadap keesaan Allah Taala serta keyakinannya bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai rasulnya.
Dua kalimah syahadah mengandungi dua penyataan utama, iaitu:
- Mengenai keesaan Allah, tiada yang layak disembah melainkan DIA.
- Mengakui bahawa Nabi Muhammad SAW adalah utusan Allah.
Lafaz Kalimah Syahadah
Berikut lafaz dua kalimah syahadah:
ุฃูุดูููุฏู ุฃููู ููุง ุฅููููู ุฅููููุง ุงูููู
Maksudnya: โAku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allahโ
ููุฃูุดูููุฏู ุฃูููู ู ูุญูู ููุฏูุง ุฑูุณููููู ุงูููู
Maksudnya: โDan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allahโ
Syarah Sah Syahadah
Seseorang yang bukan Islam, apabila mengucapkan dua kalimah syahadah dengan kepercayaan penuh di dalam hati, maka terpelihara diri, harta, dan nyawanya seperti orang Islam. Antara syarat sah syahadah ialah:
- Tertib lafaz syahadah seperti yang dinyatakan.
- Melafazkan kedua-dua kalimah syahadah dengan berturut-turut (tanpa diselangi perbuatan lain)
- Mamahami makna kedua-duanya.
- Mendustakan perkara yang menyalahi atau bertentangan dengan maksud syahadah.
- Menggunakan perkataan โasyhaduโ (๏บู๏บทู๏ปฌู๏บชู) pada keduanya.
- Tidak syak atau ragu-ragu akan kedua-duanya.