Manfaatkan Waktu Antara Maghrib Dan Isyak

By mukmin

Seperti yang kita tahu, tempoh waktu antara solat Maghrib dan Isyak memang lebih singkat berbanding dengan waktu solat yang lain. Tempoh ini boleh berbeza bergantung kepada lokasi dan zon waktu solat yang telah ditetapkan.

Walaupun tempoh antara Maghrib dan Isyak mungkin kelihatan singkat, ia adalah masa yang berharga jika dimanfaatkan dengan ibadah dan amal soleh. Dalam tempoh tersebut, kita boleh melakukan pelbagai amal seperti membaca Al-Quran, berzikir, atau melakukan solat sunat.

Amalan Antara Maghrib Dan Isyak

Berikut amalan yang boleh kita lakukan ketika waktu maghrib dan isyak:

1. Solat Sunat Awwabin

Awwabin berasal daripada perkataan Awwab yang bermaksud kembali kepada Allah dengan bertaubat dan beristighfar. Solat sunat Awwabin adalah solat sunat yang dilakukan antara waktu Maghrib dan Isyak. Solat ini dikenali sebagai solat yang sangat dianjurkan kerana kelebihannya dalam mendekatkan diri kepada Allah dan mendapatkan ganjaran yang besar.

Solat sunat ini biasanya dilaksanakan selepas solat sunat rawatib baโ€™diyah Maghrib.

Berikut niat solat sunat awwabin:

ุฃูุตูŽู„ูู‘ูŠ ุณูู†ูŽู‘ุฉูŽ ุงู„ุฃูŽูˆูŽู‘ุงุจููŠู†ูŽ ุฑูŽูƒู’ุนูŽุชูŽูŠู’ู†ู ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰

Usolli sunnatal auwabina rakโ€™ataini lillahi taala

Maksudnya : โ€œSahaja aku sembahyang sunat Awwabin dua rakaat kerana Allah Taโ€˜ala.โ€

Tentang keutamaan solat ini, banyak hadis yang menjelaskannya. Rasulullah SAW bersabda:

โ€œBarangsiapa solat (sunat) enam rakaat setelah solat Maghrib tanpa diselangi dengan perbicaraan kotor, maka solat tersebut mampu mengimbangi ibadah selama 12 belas tahun.โ€ โ€“ (Hadis Riwayat Tirmidzi)

2. Berzikir dan Bedoa

Mengamalkan zikir dan berdoa, termasuk beristighfar, membaca tasbih, atau doa-doa khusus yang dianjurkan selepas solat Maghrib.

Namun yang umum dan lazimnya adalah seperti yang berikut:

  • SubhanAllah ( ุณุจุญุงู† ุงู„ู„ู‡)
  • Alhamdulillah ( ุงู„ุญู…ุฏ ู„ู„ู‡)
  • AllahuAkbar (ุงู„ู„ู‡ ุฃูƒุจุฑ )
  • Lailahaillallah ( ู„ูŽุง ุฅูู„ูŽูฐู‡ูŽ ุฅูู„ูŽู‘ุง ูฑู„ู„ูŽู‘ูฐู‡ู)

3. Membaca Surah Dalam Al-Quran

Membaca Al-Quran adalah cara yang baik untuk mendapatkan pahala dan mendekatkan diri kepada Allah. Biasakan diri untuk membaca surah-surah amalan dalam Al-Quran seperti Al-Mulk, Al-Waqiah, As-Sajadah dan lain-lain.

4. Beriktikaf

Iktikaf adalah amalan berdiam diri atau tinggal di masjid dengan niat untuk beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Amalan ini mempunyai rukun-rukunnya yang tersendiri. Keseluruhan rukun tersebut adalah empat yang berikut:

  • Muโ€™takif (orang yang melakukan iktikaf)
  • Masjid
  • Niat
  • Menetap

5. Belajar Agama

Mengambil masa untuk belajar tentang agama, membaca buku agama, atau mendengar kuliah agama.

Menggunakan masa antara Maghrib dan Isyak untuk amalan-amalan ini dapat memperkuatkan hubungan dengan Allah dan memanfaatkan waktu tersebut dengan sebaik mungkin.

Leave a Comment