Apa itu Ikhfa Haqiqi?
Ikhfa’ (إِخْفَاءٌ) dari segi bahasa membawa maksud tersembunyi.
Manakala, dari sudut istilah ilmu tajwid, ikhfa’ merujuk kepada cara membaca huruf bertanda mati dengan nada bacaan yang berada di antara izhar dan idgham tanpa sabdu, sambil mengekalkan sifat dengung pada huruf pertama.
Berdasarkan definisi lain, ikhfa’ didefinisikan sebagai:
— Menyembunyikan bunyi huruf pertama pada huruf kedua sambil mengekalkan dengungnya dengan nada bacaan di pertengahan antara izhar dan idgham.
Istilah ini disebut sebagai ikhfa’ haqiqi (إِخْفَاءٌ حَقِيقِي) kerana cara bacaannya melibatkan huruf nun mati (نْ) atau tanwin (ــــًــــٍـــــٌـــ), dengan bunyi dengungan sepanjang dua harakat, yang berada di antara bacaan izhar dan idgham.
- Ikhfa’: Menyembunyi
- Haqiqi: Sebenar
Huruf-huruf Ikhfa Hakiki (إِخْفَاءٌ حَقِيقِي)
- Terdapat 15 huruf Ikhfa Hakiki (إِخْفَاءٌ حَقِيقِي)
- ت
- ث
- ج
- د
- ذ
- ز
- س
- ش
- ص
- ض
- ط
- ظ
- ف
- ث
- ق
Huruf-huruf yang tergolong dalam kategori ikhfa’ haqiqi boleh diringkaskan dalam rangkai kata berikut:
سَتُجْزَ صَدُّكَ فَثِقْ ضَطَظٍ شَذَّ
Sebagai panduan, berikut adalah nota untuk membantu mengingatinya:
Huruf-huruf ikhfa’ haqiqi adalah semua huruf dalam abjad Hijaiyyah kecuali:
- Huruf-huruf izhar halqi (ء، ه، ع، غ، ح، خ)
- Huruf-huruf idgham (ي، ن، م، و، ل، ر)
- Huruf iqlab (ب)
Ini bermaksud, daripada keseluruhan 28 huruf Hijaiyyah, baki huruf selain kategori di atas termasuk dalam huruf ikhfa’ haqiqi.
Hukum Bacaan Ikhfa Haqiqi
Apakah Hukum Bacaan bagi Ikhfa’ Haqiqi?
Hukum bacaan bagi ikhfa’ haqiqi berlaku apabila Nun Mati (نْ) atau Tanwin (ـــًـــٍـــٌ) bertemu dengan salah satu daripada 15 huruf ikhfa’. Dalam situasi ini, cara bacaan adalah:
- Dilafazkan di antara izhar dan idgham tanpa sabdu.
- Disertai dengan dengungan (ghunnah) selama dua harakat.
Syarat-syarat Berlakunya Ikhfa’:
A. Bagi Nun Mati
- Ikhfa’ boleh berlaku dalam satu perkataan, seperti (كُنتُمْ).
- Ia juga boleh berlaku dalam dua perkataan, seperti (مِنْ ذَهَبٍ).
B. Bagi Tanwin
- Ikhfa’ hanya berlaku apabila terdapat dua perkataan, seperti (قَوْلًا ثَقِيلًا).
Contoh Bacaan Ikhfa Haqiqi
Contoh-contoh Ikhfa’ Haqiqi:
Berikut adalah beberapa contoh situasi yang melibatkan hukum ikhfa’ haqiqi untuk memudahkan pemahaman anda:
- مِنْ شَرِّ
- قَوْلًا صَوَابًا
- مِنْ ثَمَرَاتٍ
CONTOH | PENERANGAN |
وَمَن صَلَحَ يُنصَرُونَ | Bacaan ini termasuk dalam hukum Ikhfa’ Haqiqi kerana nun sukun bertemu dengan huruf ikhfa’ (ص). |
مِن قَبْلِكُمْ | Bacaan ini tergolong dalam hukum Ikhfa’ Haqiqi kerana nun sukun bertemu dengan huruf ikhfa’ (ق). |
فَمَن كَانَ مِن كُلِّ شَىْءٍ | Bacaan ini dikategorikan sebagai hukum Ikhfa’ Haqiqi kerana nun sukun bertemu dengan huruf ikhfa’ (ك). |
قِنْنُوانٌ دَانِيَةٌ | Bacaan ini adalah hukum Ikhfa’ Haqiqi kerana nun sukun bertemu dengan huruf ikhfa’ (د). |
بِقَلْبٍ سَلِيمٍ | Bacaan ini juga jatuh di bawah hukum Ikhfa’ Haqiqi kerana nun sukun bertemu dengan huruf ikhfa’ (س). |
Baca sini untuk info lain :Izhar Halqi : Maksud, Hukum & Contoh Bacaan