Biodata Rasulullah SAW

By mukmin

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Ahzab ayat 56

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Maksudnya : “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”

Sabda Rasulullah SAW:

“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

Biodata Rasulullah SAW

BIODATA RINGKAS RASULULLAH SAW

Nabi Muhammad SAW : Manusia Agung Sepanjang Zaman

Nama dan Keturunan
Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Muttalib Bin Hashim. Nabi Muhammad SAW , dilahirkan pada subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal, bersamaan 20 April 571 Masihi. Tahun kelahirannya dikenali sebagai Tahun Gajah, sempena peristiwa Abrahah dan tenteranya yang menyerang Kaabah dengan tentera bergajah. Baginda dilahirkan di rumah Abu Talib di Makkah Al-Mukarramah. Nama bapanya ialah Abdullah bin Abdul Muttalib, manakala ibunya Aminah binti Wahab.

Masa Kanak-Kanak
Sejak kecil, Rasulullah SAW telah diasuh oleh beberapa individu penting. Pengasuh pertama Baginda ialah Barakah Al-Habsyiyyah, yang dikenali sebagai Ummu Aiman. Ibu susu pertama Baginda ialah Thuwaibah, seorang hamba perempuan Abu Lahab dan Ibu susuan kedua Baginda pula ialah Halimah Binti Abu Zuaib As-Saadiah, yang terkenal sebagai Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah.

Pada usia 5 tahun, Rasulullah SAW mengalami peristiwa pembelahan dada oleh dua malaikat, yang membersihkan hati Baginda daripada unsur-unsur syaitan. Namun, pada usia 6 tahun, Baginda kehilangan ibu tercinta, ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia ,di Al-Abwa’. (sebuah kampung yang terletak di anatara Makkah dan Madinah). Selepas itu, Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW dan telah dibiayai oleh datuknya, Abdul Muttalib . Pada usia Baginda 8 tahun, datuknya Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda pun berpindah ke jagaan bapa saudaranya, Abu Talib.

Remaja dan Dewasa
Rasulullah SAW mula menemani bapa saudaranya dalam perjalanan perniagaan ke Syam ketika berusia 9 atau 12 tahun (mengikut beberapa riwayat). Dalam perjalanan ini, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telahbertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan Baginda sebagai Nabi .

Baginda SAW telah terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’,jilid 1 halaman 184-187 yang mengatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa haridan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Baginda SAW menyaksikan “perjanjian Al-Fudhul’, perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

Pada usia 25 tahun, Rasulullah SAW bermusafir ke Syam untuk menguruskan perniagaan barangan milik Khadijah Binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah iaitu lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan bebrapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah. Ketika itu Khadijah berusia 40 tahun. Hubungan mereka berkembang menjadi perkahwinan, dengan mas kahwin sebanyak 500 dirham.

Pada usia Baginda 35 tahun banjir besar telah melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubungan perletakan batu tersebut.

Kenabian dan Perjuangan
Pada usia 40 tahun, Rasulullah SAW menerima wahyu pertama di Gua Hira’, menandakan pelantikannya sebagai Nabi dan Rasul akhir zaman. Selepas lebih dua dekad menyebarkan ajaran Islam, Baginda berhijrah ke Madinah pada usia 53 tahun bersama Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Hijrah ini menjadi titik penting dalam perkembangan Islam iaitu pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

Kewafatan
Rasulullah SAW wafat pada usia 63 tahun, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal, tahun 11 Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi. Pemergian Baginda meninggalkan legasi yang kekal sepanjang zaman, sebagai teladan terbaik umat manusia.


Nama Isteri-Isteri dan Anak-Anak Rasulullah SAW

Isteri-Isteri Baginda
Rasulullah SAW berkahwin dengan beberapa wanita sepanjang hayatnya. Antara mereka ialah:

  • Khadijah Binti Khuwailid.
  • Saudah Binti Zam’ah.
  • Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
  • Hafsah Binti Umar (anak Saidina Umar Bin Al-Khattab).
  • Ummu Habibah Binti abu Sufyan.
  • Hindun binti Umaiyah (yang digelar sebagai Ummi Salamah).
  • Zainab Binti Jahsy.
  • Safiyah binti Huyai bin Akhtab.
  • Maimunah Binti Harith
  • Zainab binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’) Ibu Orang Miskin.

Anak-Anak Baginda
Rasulullah SAW dikurniakan tujuh anak:

  1. Qasim
  2. Abdullah
  3. Ibrahim
  4. Zainab
  5. Ruqaiyah
  6. Ummi Kalthum
  7. Fatimah Al-Zahra

Nama Anak Tiri Rasulullah SAW

  1. Halah Bin Hind Bin Habbasy Bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind Bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah SAW, Khadijah adalah seorang janda).

Saudara Sesusu Rasulullah SAW

Ibu susuan/saudara susuan

  1. Thuwaibah.
  2. Hamzah.
  3. Abu Salamah Abdullah Bin Abdul Asad.

Saudara susuan

  1. Halimah Al-Saidiyyah.
  2. Abu Sufyan Bin Harith Bin Abdul Mutalib.
  3. Abdullah Bin Harith Bin Abdul ‘Uzza.
  4. Syaima Binti Harith Bin Abdul’Uzza.
  5. Aisyah Binti Harith Bin Abdul ‘Uzza.

Bapa Dan Ibu Saudara Rasulullah SAW

Anak-anak kepada Abdul Muttalib

  • Al-Harith
  • Muqawwam
  • Zubair
  • Hamzah ##
  • Al-Abbas##
  • Abu Talib
  • Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
  • Abdul Ka’bah
  • Hijl
  • Dhirar
  • Umaimah
  • Al-Bidha (Ummu Hakim)
  • Atiqah##
  • Barrah
  • Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam)***

***sempat masuk Islam ##Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Fitrah dan Keindahan Fizikal Rasulullah SAW

Rasulullah SAW dikenali dengan sifat fizikal yang sangat menawan. Para sahabat sering memuji Baginda dengan kata-kata:

  • “Baginda jauh lebih cantik daripada sinaran bulan.”
  • “Cahaya memancar dari wajah Baginda.”
  • “Wajahnya umpama bulan purnama.”
  • “Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah SAW.”
  • “Aku melihat cahaya dari lidahnya.”
  • “Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.”
  • “Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama.
  • “Janggutnya penuh dan tebal menawan.”
  • “Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik.”
  • “Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.”
  • “Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.”
  • “Rambutnya sedikit ikal.”
  • “Rambutnya terbelah di tengah.”
  • “Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa.”
  • “Baginda memiliki tubuh yang seimbang, dengan bahu yang harmoni dan tegap.’
  • “Pergelangan tangan Baginda lebar, dan tapak tangannya juga lebar serta terasa lembut seperti sutera.”
  • “Jari-jarinya besar, tersusun rapi, menambahkan lagi pesona keindahan fizikalnya.”
  • “Betis Baginda terbentuk dengan indah, tidak terlalu lembut, menunjukkan keperibadian yang kukuh.”
  • “Kakinya berisi, dengan tapak kaki yang licin sehingga air tidak melekat padanya. “
  • “Di bahagian tumit, dagingnya sangat sedikit, menambahkan ciri unik pada tubuh Baginda.”
  • “Warna kulit Baginda bercahaya begitu istimewa,”. (tidak terlalu putih seperti kapur, mahupun terlalu coklat, tetapi gabungan seimbang antara putih dan coklat). Namun, putih itu lebih menyerlah, memberikan rona kulit yang putih kemerah-merahan, menampilkan keindahan semula jadi dan kesihatan tubuh yang sempurna.
  • “Binaan badan Rasulullah SAW begitu sempurna, dengan tulang-temulang yang besar dan kukuh.”
  • “Baginda tidak gemuk, tetapi berbadan sederhana yang kacak.”
  • Tubuh Baginda condong kepada tinggi, dan apabila berada di kalangan orang ramai, Baginda kelihatan lebih tinggi dan menonjol, melambangkan keunggulan fizikal yang luar biasa.

Kesimpulan

Rasulullah SAW adalah masunia yang agung dan ideal, seorang nabi dan Rasul yang menjadi teladan terbaik untuk umat manusia. Keperibadian Baginda, dari akhlak hingga sifat fizikalnya, melambangkan kesempurnaan dan ketinggian budi pekerti. Sebagai umat Islam, mengenali dan mencintai Rasulullah SAW adalah tanggungjawab kita, kerana cintakan Baginda adalah jalan menuju syurga.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Leave a Comment