CARA MELAKSANAKAN SOLAT SUNAT RAWATIB ( BA’DIYYAH & QABLIYYAH)

By mukmin

Solat sunat rawatib adalah solat-solat sunat yang dilakukan sebagai tambahan kepada solat fardhu. Ia adalah solat-solat sunat yang dianjurkan atau disyorkan untuk dilakukan bagi memperoleh pahala dan keberkatan dari Allah SWT. Malaha Solat rawatib juga merupakan solat sunat yang dikerjakan sesudah dan sebelum solat fardhu. Solat sunat rawatib terbahagi kepada dua iaitu sunat muakkad dan sunat ghairu muakkad. Disamping itu juga, sunat rawatib juga terbahagi kepada dua ketegori iaitu lebih dikenali dengan nama sunat qabliah (sebelum solat fardhu) , sunat ba’diyah (selepas solat fardhu).

Sunat Rawatib yang “muakkad” adalah 10 rakaat seperti berikut:

  1. 2 Rakaat sebelum solat subuh.
  2. 2 Rakaat sebelum sokat zuhur.
  3. 2 Rakaat selepas solat zuhur
  4. 2 Rakaat selepas solat maghrib.
  5. 2 Rakaat selepas solat isyak.

Sunat Rawatib yang “ghaira muakkad” pula adalah 12 rakaat seperti berikut:

  1. 2 Rakaat sebelum solat zuhur selain yang muakkad.
  2. 2 Rakaat selepas solat zuhur selain yang muakkad.
  3. 4 Rakaat sebelum solat asar.
  4. 2 Rakaat sebelum solat maghrib.
  5. 2 Rakaat sebelum solat isyak.

Dalil Tentang Sunat Melakukan Solat ini

ุนูŽู†ู ุงุจู’ู†ู ุนูู…ูŽุฑูŽ ุฃูŽู†ูŽู‘ู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ ุญูŽููุธู’ุชู ุนูŽู†ู’ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ูŽ ุนูŽุดู’ุฑูŽ ุฑูŽูƒูŽุนูŽุงุชู ุฑูŽูƒู’ุนูŽุชูŽูŠู’ู†ู ู‚ูŽุจู’ู„ูŽ ุงู„ุธูู‘ู‡ู’ุฑู ูˆูŽุฑูŽูƒู’ุนูŽุชูŽูŠู’ู†ู ุจูŽุนู’ุฏูŽู‡ูŽุง ูˆูŽุฑูŽูƒู’ุนูŽุชูŽูŠู’ู†ู ุจูŽุนู’ุฏูŽ ุงู„ู’ู…ูŽุบู’ุฑูุจู ูˆูŽุฑูŽูƒู’ุนูŽุชูŽูŠู’ู†ู ุจูŽุนู’ุฏูŽ ุงู„ู’ุนูุดูŽุงุกู ูˆูŽุฑูŽูƒู’ุนูŽุชูŽูŠู’ู†ู ู‚ูŽุจู’ู„ูŽ ุงู„ุตูู‘ุจู’ุญู

 Dari Ibnu Umar bahawa; โ€œRasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sebelum Zuhur, 2 rakaat sesudahnya Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat seusai Isyak (juga di rumah) dan 2 rakaat sebelum solat Subuh.โ€ (HR Bukhari-Muslim, Bukhari)

Berikut adalah cara untuk memgerjakan solat sunat rawatib :

Niat Solat Rawatib

  1. Sekiranya sebelum solat fardhu disebut “Qobliyah”
  2. Sekiranya selepas solat fardhu disebut “Ba’diyyah”

Oleh itu , lafaz niatnya adalah seperti berikut :

Maksudnya : “Sahaja aku menunaikan solat sunat sebelum (zuhur/Asar/Isyak/Subuh) dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

Maksudnya : “Sahaja aku menunaikan solat sunat selepas (Zuhur/Maghrib/Isyak) dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

-Niatnya menurut jenis solatnya.

-Tidak dengan azan dan iqamah.

-Dikerjakan tidak dengan berjemaah.

-Bacaanya tidak dinyaringkan.

-Jika lebih dari 2 rakaat, tiap-tiap dua rakaat satu salam.

Leave a Comment