Islam memiliki keunikan yang luar biasa, di mana kita diajar untuk berdoa bukan hanya untuk perkara-perkara yang sukar sahaja, tetapi juga untuk hal-hal yang mudah dan kecil, seperti doa dhuha ini. Ini menunjukkan ajaran agama yang mendorong kita untuk sentiasa bersyukur dan berkomunikasi dengan Allah dalam setiap aspek kehidupan. Dalam Islam, doa adalah cara kita berhubungan dan berserah kepada Allah dalam segala situasi.
Dalam artikel ini, kami ingin berkongsi bacaan doa dhuha agar memudahkan anda dalam membacanya.
Bacaan Doa Dhuha
Setelah menunaikan Solat Dhuha, kita akan membaca doa dhuha. Berikut kami kongsikan doa dhuha yang boleh anda baca.
اَللَّهُمَّ إِنَّ الضَّحَاءَ ضَحَاءُكَ، وَالْبَهَاءَ بَهَاءُكَ، وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ، وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ، وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ، وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ، اَللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِيْ فِي السَّمَاءِ فَأَنْزِلْهُ، وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فَأَخْرِجْهُ، وَإِنْ كَانَ مُعَسِّرًا فَيَسِّرْهُ، وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ، وَإِنْ كَانَ بَعِيْداً فَقَرِّبْهُ، بِحَقِّ ضُحُائِكَ وَبَهَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا آتَيْتُ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ.
Doa dhuha dalam rumi:
- Allahumma innaddhuhaa’a dhuhaa uka.
- Walbahaa’a bahaa uka.
- Waljamaala jamaaluka.
- Walquwwata quwatuka.
- Walqudrota qudrotuka.
- Wal’ismata ‘ismatuka.
- Allahumma inkaana rizqi fissamaa’i fa’anzilhu.
- Wa’inkaana fil ardhi fa’akhrijhu.
- Wa’in kaana mu’assaron fayassirhu.
- Wa’in kaana harooman fathohhirhu.
- Wa’inkaana ba’idan faqorribhu.
- Bihaqqi dhuhaa ika wabahaa ika wajamaalika
- waquwwatika waqudrotika
- aatini maa ataita min ‘ibaadikassolihiin.
Maksudnya : Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha itu Dhuha Mu. Kecantikannya kecantikan Mu. Keindahannya keindahan Mu. Kekuatannya kekuatan Mu. Kekuasaannya kekuasaan Mu. Perlindungannya perlindungan Mu. Ya Allah, jika rezeki masih di langit, turunkanlah. Jika di bumi, keluarkanlah. Jika sukar, permudahkanlah. Jika haram, sucikanlah. Jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha. Kecantikan Mu, keindahan Mu. Kekuatan Mu, kekuasaan Mu. Limpahkan kepadaku segala Yang Engkau telah limpahkan Kepada hamba-hamba Mu yang soleh.

Dalam kehidupan sehari-hari, marilah kita amalkan solat sunat dhuha dan doa dhuha. Ini adalah amalan yang ringkas namun bermakna yang memberikan peluang kepada kita untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Kami berharap bacaan doa dhuha yang telah kami bagikan di atas dapat membantu anda dalam membacanya dengan mudah dan lancar. Semoga bermanfaat.
Selain solat dhuha dan membaca doa dhuha, anda boleh juga mengamalkan ayat kursi dan surah al -Waqiah untuk anda baca setiap hari.



