UKCG 2025 : Semakan Layak Menduduki e-UKCG Online

By mukmin

Berita baik kepada semua calon yang telah memohon Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Pelajar Cemerlang ke Luar Negara (PPC) bagi tahun 2025! Kini, anda boleh menyemak status kelayakan untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru secara elektronik (e-UKCG) mulai 19 Mac 2025 (Rabu), tepat jam 2 petang.

Semakan UKCG 2025

Untuk memudahkan proses semakan, pastikan anda menggunakan pautan rasmi berikut:

Bagi mengelakkan masalah teknikal disebabkan trafik tinggi, cubalah buat semakan pada masa yang disarankan. Jangan lupa sediakan maklumat penting seperti nombor kad pengenalan agar proses semakan berjalan lancar dan cepat.

Sekiranya anda layak menduduki e-UKCG, tahniah diucapkan! Persiapkan diri anda dengan baik kerana ujian ini penting sebagai langkah seterusnya dalam mencapai impian bergelar seorang pendidik.

Jika menghadapi sebarang pertanyaan atau masalah, jangan segan untuk menghubungi pihak urusetia atau rujuk terus kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi mendapatkan bantuan lanjut.

Semoga berjaya dan terus bersemangat!

Doa banyak-banyak agar anda dipanggil UKCG, amalkan doa dipermudakan urusan.

Leave a Comment