Pengenalan
Al-Fatihah adalah pembuka Al-Kitab yang diturunkan dari Perbendaharaan di bawah Arays dan ia merupakan ‘doa’ yang paling mustajab.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Seutama-utama Al-Quran adalah ‘Alhamdulillahi Robbil Alamin.” (Hadis riwayat Hakim dan Baihaqi)
Surah Al-Fatihah adalah surah pertama dalam Al-Quran dan merupakan surah yang sangat penting dalam agama Islam. Surah ini terdiri daripada tujuh ayat dan dikenali juga sebagai “Ummul Kitab” atau “Ibu Kitab” kerana ia menjadi inti kepada kandungan Al-Quran. Surah ini dibaca dalam setiap rakaat solat oleh setiap Muslim, menjadikannya surah yang paling kerap dihafal dan diamalkan.
Surah Al-Fatihah mempunyai kedudukan istimewa dalam ibadah dan kehidupan seorang Muslim. Ia adalah rukun dalam solat dan tidak sah solat seseorang tanpa membaca surah ini. Selain itu, ia juga dianggap sebagai doa yang paling lengkap kerana merangkumi pujian kepada Allah sebagai Rabb al-Alamin ( Pemelihara dan Penguasa Semesta Alam) , permohonan petunjuk, dan permintaan perlindungan dari jalan yang sesat.
Secara keseluruhan, Surah Al-Fatihah bukan sahaja sebagai doa pembukaan dalam ibadah, tetapi juga mengingatkan tentang hubungan kita dengan Allah S.W.T, keperluan kita akan petunjuk-Nya, dan pengakuan akan kebesaran-Nya.
Bacaan Surah Al-Fatihah
Lafaz rumi dalam Surah Al-Fatihah
Ayat 1: ุจูุณูู ู ุงูููููู ุงูุฑููุญูู ููฐูู ุงูุฑููุญููู ู
Bismillahirrahmanirrahim
Ayat 2: ูฑููุญูู ูุฏู ููููููู ุฑูุจูู ูฑููุนูููฐููู ูููู
Alhamdu lillahi rabbil’alamin
Ayat 3: ูฑูุฑููุญูู ูููฐูู ูฑูุฑููุญููู ู
Ar-Rahmanir-Rahim
Ayat 4: ู ูููฐูููู ููููู ู ูฑูุฏููููู
Maliki yawmi-d-din
Ayat 5: ุฅููููุงูู ููุนูุจูุฏู ููุฅููููุงูู ููุณูุชูุนูููู
Iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’in
Ayat 6: ูฑููุฏูููุง ูฑูุตููุฑููฐุทู ูฑููู ูุณูุชููููู ูfv
Ihdinas-siratal mustaqim
Ayat 7: ุตูุฑููฐุทู ูฑูููุฐูููู ุฃูููุนูู ูุชู ุนูููููููู ู ุบูููุฑู ูฑููู ูุบูุถููุจู ุนูููููููู ู ููููุง ูฑูุถููุขูููููู
Siratal ladzhina an’amta a’laihim ghayril-maghdubi ‘alaihim walad-dallin
Terjemahan Bahasa Melayu
Ayat 1: “Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
Ayat 2: “Segala puji bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.”
Ayat 3: “Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.”
Ayat 4: “Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan ( hari Akhirat).”
Ayat 5: “Hanya kepada-Mu sahaja (Ya Allah) Yang kami sembah, dan hanya kepada-Mu sahaja kami memohon pertolongan.”
Ayat 6: “Tunjukilah kami jalan yang lurus.”
Ayat 7: “Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai, dan bukan pula jalan mereka yang sesat.”
Huraian setiap ayat dalam Surah Al-Fatihah
Ayat 1: ุจูุณูู
ู ุงูููููู ุงูุฑููุญูู
ููฐูู ุงูุฑููุญููู
ู
Ayat ini menunjukkan keagungan Allah dan sifat-Nya yang penuh kasih sayang terhadap hamba-hamba-Nya.Ayat ini juga mengingatkan kita untuk memulakan sesuatu perkara dengan menyebut nama Allah SWT.
Ayat 2: ูฑููุญูู
ูุฏู ููููููู ุฑูุจูู ูฑููุนูููฐููู
ูููู
Ayat ini mengajarkan kita untuk sentiasa memuji dan bersyukur kepada Allah sebagai Pencipta dan Pemelihara alam semesta.
Ayat 3: ูฑูุฑููุญูู
ูููฐูู ูฑูุฑููุญููู
ู
Sifat rahmat Allah ( kasih sayang Allah) ditekankan sekali lagi untuk menunjukkan kasih sayang-Nya meliputi semua makhluk
Ayat 4: ู
ูููฐูููู ููููู
ู ูฑูุฏููููู
Ayat ini mengingatkan kita bahawa Allah adalah Penguasa (hakim )pada Hari Kiamat, tempat segala amalan manusia diadili.
Ayat 5: ุฅููููุงูู ููุนูุจูุฏู ููุฅููููุงูู ููุณูุชูุนูููู
Ayat ini menegaskan konsep tauhid, iaitu keikhlasan dan ketundukan sepenuhnya kepada Allah dalam beribadah dan kebergantungan hanya kepada-Nya.
Ayat 6: ูฑููุฏูููุง ูฑูุตููุฑููฐุทู ูฑููู
ูุณูุชููููู
ู
Ayat ini adalah doa untuk mendapat hidayah agar tetap berada di jalan yang benar. iaitu jalan yang membwa kepada keredhaan Allah
Ayat 7: ุตูุฑููฐุทู ูฑูููุฐูููู ุฃูููุนูู
ูุชู ุนูููููููู
ู ุบูููุฑู ูฑููู
ูุบูุถููุจู ุนูููููููู
ู ููููุง ูฑูุถููุขูููููู
Ayat terakhir ini adalah permohonan agar diberi petunjuk kejalan orang yang diberi nikmat dan dijauhkan dari jalan orang yang dimurkai Allah dan orang yang tersesat.