Solat Sunat Taubat

By mukmin

Tidak ada manusia yang tidak pernah membuat kesilapan. Setiap insan, sama ada dalam keadaan sedar atau tidak, pasti tidak terhindar daripada berbuat dosa. Sebagai manusia, kita perlu berusaha untuk selalu memohon keampunan Allah dan bertaubat atas kesalahan kita sama ada itu dosa besar atau kecil.

Apa Itu Solat Sunat Taubat ?

Taubat bermaksud menyesali segala dosa yang dilakukan, sementara taubat nasuha adalah taubat yang sungguh-sungguh di mana seseorang bertekad untuk tidak mengulangi dosa tersebut. Setiap manusia pernah berbuat dosa, baik dosa besar atau kecil, dan digalakkan untuk memohon keampunan Allah SWT melalui pelaksanaan solat taubat.

Panduan Cara Mengerjakan Solat Sunat Taubat

Bagi mereka yang ingin menunaikan solat sunat taubat sebagai cara untuk memohon keampunan dari Allah SWT, berikut adalah panduan mudah untuk anda.

Waktu Solat Sunat Taubat

Solat sunat taubat boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja apabila seseorang itu sedar akan dosa yang dilakukan dan bertaubat kepada Allah SWT. Namun, waktu yang lebih baik untuk melaksanakan solat sunat taubat adalah pada waktu tengah malam. Pada waktu ini, suasana lebih sunyi dan tenang, yang membantu seseorang menjadi lebih khusyuk dalam menjalankan solat sunat taubat.

Jumlah Rakaat

Solat sunat taubat boleh dilakukan dalam 2, 4, atau 6 rakaat. Cara melaksanakan solat sunat taubat sama seperti solat sunat lainnya.

Niat Solat Sunat Taubat

Solat sunat taubat

Maksudnya: Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah taโ€™ala

Cara Mengerjakan Solat Sunat Taubat

Rakaat Pertama

1. Takbiratul Ihram

2. Niat Solat taubat – ุฃูุตูŽู„ูู‘ูŠ ุณูู†ูŽู‘ุฉูŽ ุงู„ุชูŽูˆุจูŽุฉู ุฑูŽูƒูŽุนูŽุชูŽูŠู’ู†ู ู„ูู„ู‘ู‡ูŽู ุชูŽุนุงู„ู‰

3. Membaca Surah Al-Fatihah

4. Membaca surah pilihan – Dianjurkan membaca surah Al-Kafirun

Solat sunat taubat

5. Rukuk dan iktidal

6. Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua

Rakaat Kedua

1. Membaca surah Al-Fatihah sama seperti rakaat pertama

2. Membaca surah Al-Ikhlas

Solat sunat taubat

3. Rukuk dan Iktidal

4. Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua.

5. Duduk Tahiyat akhir

Bacaannya adalah seperti berikut:

Solat sunat taubat

6. Memberi salam

7. Setelah memberi salam, digalakkan memperbanyakkan istighfar dan memohon keampunan kepada Allah dengan tulus dan penuh penyesalan atas dosa-dosa yang telah dilakukan, dan semoga Allah SWT menerima taubat.

Leave a Comment