Apa Itu Selawat Tafrijiyyah?
Selawat Tafrijiyyah ialah satu jenis selawat yang khusus dibaca untuk memohon kelepasan, kemudahan, dan keberkatan daripada Allah SWT. Ia biasanya dimulai dengan lafaz seperti “Allahumma solli solatan…” dan mengandungi doa agar segala kesulitan, masalah, atau kesusahan dilapangkan serta diberi jalan keluar yang baik.
Selawat ini dianggap sebagai doa pendek yang penuh dengan keberkatan, dan diamalkan untuk memohon pertolongan Allah supaya hidup kita dipermudahkan, rezeki diluaskan, dan segala urusan dipermudah.
Pendek kata, selawat tafrijiyyah adalah satu bentuk selawat yang membawa makna โselawat yang membuka jalan dan mudahkan segala yang kita hadapi dalam hidup.
Panduan Bacaan Arab, Rumi Serta Maksudnya
Bacaan Arab:
ุงูููููฐููู
ูู ุตูููู ุตูููุงุฉู ููุงู
ูููุฉู
ููุณููููู
ู ุณูููุงู
ูุง
ุชูุงู
ููุง ุนููููฐ ุณููููุฏูููุง ู
ูุญูููู
ููุฏู ูู ุงูููุฐููู
ุชูููุญูููู ุจููู ุงููุนูููุฏู ููุชูููููุฑูุฌู ุจููู ุงููููุฑูุจู
ููุชูููุถูฐู ุจููู ุงููุญูููุงุฆูุฌู ููุชูููุงูู ุจููู ุงูุฑููุบูุงุฆูุจู
ููุญูุณููู ุงููุฎูููุงุชูู
ู ููููุณูุชูุณูููู ุงููุบูู
ูุงู
ู
ุจูููุฌููููู ุงููููุฑูููู
ู ููุนููููฐ ุงูฐูููู
ููุตูุญูุจููู ูููู ููููู ููู
ูุญูุฉู ูู ููููุณู
ุจูุนูุฏูุฏู ููููู ู
ูุนูููููู
ู ูููู
Rumi:
Allahumma solli solatan kamilatan,
Wasalim sallaman taammaa,
Aโlaa saidina muhammadinil lazi tanhallubihil uโkadu,
Watanfariju bihil kurobu,
Watuqdho bihil hawa iju,
Watunaalu bihirro ghaโ ib-u
Wahusnu khawaa timi,
Wayustasqol ghomaamu,
Biwajhihil karim,
Wa ala alihi wasah bihi,
fi kulli lamhatim wanafasim,
Biโ adadi kulli makโlu mim lakh..
Maksudnya:
Ya Allah, limpahkanlah selawat dengan selawat yang menyeluruh dan kurniakanlah salam dengan salam yang sempurna ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad yang dengannya (selawat itu) dapat merungkai segala ikatan, melepaskan segala kesukaran, melunaskan segala hajat, tercapai segala perkara yang diingini dan kematian yang baik, serta diturunkan hujan (yang menjadi rahmat) disebabkan wajahnya yang mulia.
(Begitu juga selawat dan salam ini diberikan) ke atas ahli keluarga Baginda, para sahabatnya di dalam setiap kerdipan mata dan nafas dengan setiap bilangan yang diketahui olehMu.