Rukun haji merujuk kepada perkara-perkara asas yang mesti dilakukan dan disempurnakan dalam ibadah haji. Sekiranya salah satu daripada rukun ini tidak dilaksanakan, maka haji seseorang itu dianggap tidak sah, tidak sempurna, atau tergantung, walaupun telah melakukan perkara-perkara lain dalam haji.
Rukun Haji ada enam perkara iaitu:
1. Niat Ihram
Memasuki ihram dengan niat untuk mengerjakan haji mengikut waktunya.
2. Wuquf di Arafah
Berada di Padang Arafah pada waktu dan tarikh yang ditetapkan.
3. Tawaf di Kaabah
Mengelilingi Kaabah sebanyak 7 pusingan, dilakukan selepas wukuf di Arafah dan biasanya pada Hari Raya Haji atau selepasnya.
4. Saie antara Safa dan Marwah
Berjalan ulang-alik sebanyak 7 kali antara bukit Safa dan Marwah, bermula di Safa dan berakhir di Marwah.
5. Bercukur atau Bergunting (Tahallul)
Sebagai tanda tahallul atau keluar daripada ihram.
6. Tertib
Melakukan rukun-rukun haji mengikut susunan tertentu – terutama dimulakan dengan niat ihram, diikuti wukuf, dan seterusnya.




