Peristiwa Nuzul Al-Quran

By mukmin

Maksud Nuzul Al-Quran

Dari sudut bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bermaksud menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Perkataan asalnya, ‘nazala’ (نزل), boleh membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’.”

Peristiwa Nuzul Al-Quran

Peristiwa Nuzul al-Quran merujuk kepada peristiwa turunnya ayat pertama al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW, yang kemudiannya diturunkan secara berperingkat sehingga lengkap menjadi kitab al-Quran seperti yang kita miliki hari ini.

Peristiwa Nuzul Al-Quran :

  • Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril AS di Gua Hira’ Makkah.
  • 5 Ayat pertama yang diturunkan adalah daripada surah Al-‘Alaq.
  • Al-Quran diturunkan secara berperingkat selama 23 tahun.
Peristiwa Nuzul Al-Quran
Peristiwa Nuzul Al-Quran

Pengajaran daripada Peristiwa Nuzul al-Quran

  • Kepentingan ilmu dalam kehidupan seorang Muslim.
  • Ketaatan dan ketabahan Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan risalah walaupun berdepan cabaran.
  • Keutamaan Ramadan sebagai bulan al-Quran.
  • Peranan al-Quran sebagai panduan hidup sepanjang zaman.
  • Menzahirkan keagungan dan kebesaran Allah SWT

Leave a Comment