Panduan Cara Azan

By mukmin

Pengenalan

Azan merupakan seruan atau panggilan yang dilaksanakan untuk memaklumkan kepada umat Islam bahawa waktu solat telah masuk. Dalam konteks bahasa, azan membawa maksud “al-i`lam” (pemberitahuan) atau “an-nida’” (panggilan).

Ia terdiri daripada susunan lafaz tertentu yang bertujuan sebagai tanda masuknya waktu solat fardu, sekaligus menjadi pengingat bagi umat Islam untuk menunaikan ibadah solat. Lafaz azan ini dilaungkan dengan kaedah yang telah ditetapkan.

Hanya lelaki yang bergelar muazzin atau bilal dibenarkan untuk melaungkan azan, manakala perempuan tidak dibenarkan untuk melaksanakan seruan ini.

Amalan Sunat Sebelum Melaungkan Azan

Terdapat beberapa amalan yang disunatkan ketika melaungkan azan, antaranya ialah:

  • Muazzin disarankan untuk berada dalam keadaan berwuduk.
  • Hendaklah menghadap ke arah kiblat sebagai tanda penghormatan.
  • Azan sebaiknya dilakukan dalam keadaan berdiri.
  • Tempat melaungkan azan disunatkan berada di lokasi yang tinggi agar suara lebih jelas kedengaran.
  • Suara azan perlu lantang dan nyaring agar dapat didengar oleh lebih ramai orang.
  • Lafaz syahadatain (dua kalimah syahadat) dianjurkan untuk diulang-ulang.
  • Ketika mengucapkan “Haiyya ‘alassolah,” muazzin digalakkan menutup kedua-dua telinga dengan jari telunjuk sambil memalingkan muka ke arah kanan, dan berpaling ke arah kiri ketika mengucapkan “Haiyya ‘alalfalah.”

Kalimah Seruan Azan

Lafaz Azan (kecuali azan subuh)
للهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ
أَشْهَدُأَنْ لاَإِلٰهَ إِلاَّاللهُ
أَشْهَدُأَنْ لاَإِلٰهَ إِلاَّاللهُ
أَشْهَدأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ
أَشْهَدأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ
حَيَّ عَلَٰى الصَّلاَةِ
حَيَّ عَلَٰى الصَّلاَةِ
حَيَّ عَلٰى الْفَلاَحِ
حَيَّ عَلٰى الْفَلاَحِ
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ
لاَإِلٰهَ إِلاَّاللهُ

Lafaz Azan Rumi

Lafaz Azan Rumi

Azan yang sempurna

Azan ialah azan yang dilaungkan oleh seseorang dengan suara yang lantang, lafaz yang jelas, dan nada suara yang merdu. Namun begitu, azan tidak sepatutnya dialunkan secara berlebihan sehingga boleh mengubah maksud atau makna setiap kalimat yang terkandung di dalamnya. Apa yang paling penting, kalimat azan dan iqamah itu perlu dilafazkan dengan penuh keikhlasan, bertujuan untuk mengajak manusia menyembah Allah Yang Maha Esa. Seruan yang lahir dari hati yang ikhlas dan disampaikan dengan suara yang indah, InsyaAllah, mampu menyentuh hati mereka yang mendengar dan mendorong mereka untuk melaksanakan perintah Allah SWT.

LAUNGAN AZAN LAUNGAN YANG MULIA

Marilah kita bersama-sama memartabatkan syiar azan dan didiklah anak-anak dan remaja agar berani ke hadapan untuk melaungkan azan. Apabila kita mendengar laungan azan, ketahuilah bahawa itulah panggilan Allah SWT Yang Maha Agung. Datanglah ke masjid bersama ahli keluarga dan sahabat handai, hentikanlah kerja duniawi, mudah- mudahan hidup kita dirahmati.

Dalil :

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًۭا مِّمَّن دَعَآ إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَـٰلِحًۭا وَقَالَ إِنَّنِى مِنَ ٱلْمُسْلِمِينَ ٣٣

Maksudnya : “Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang islam yang berserah bulat-bulat kepada Allah”.

Apakah Tujuan Azan Dilaungkan?

Tujuan utana seruan azan adalah untuk memberitahu masuknya waktu solat fardhu, mengingatkan umat Islam agar segera memenuhi panggilan Allah SWT. Selain itu, azan juga memainkan peranan penting dalam menyebarkan syiar Islam dan menjadi tanda kehadiran umat Islam di sesuatu tempat.

Hukum mengumandangkan azan adalah sunat muakkad, iaitu sunat yang sangat digalakkan, untuk setiap solat fardhu. Sama ada dilakukan secara berjemaah atau bersendirian, azan tetap disarankan. Seruan ini dilaungkan lima kali sehari semalam, sebelum waktu solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, dan Isyak.

Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila diseru untuk solat (azan), syaitan akan lari sambil kentut sehingga dia tidak mendengar suara azan.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menunjukkan bahaya azan mempunyai kelebihan dalam mengusir syaitan dan menggalakkan umat islam untuk mendirikan solat.

Leave a Comment