Cara Menjawab Azan

By mukmin

Azan merupakan seruan suci yang menandakan masuknya waktu solat fardhu dan mengajak umat Islam menunaikan solat secara berjemaah. Seruan ini dilaungkan sebelum setiap waktu solat fardhu, iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, dan Isyak.

Walaupun lafaz azan adalah seragam untuk semua waktu solat, kecuali bagi azan Subuh. Pada waktu ini, mempunyai tambahan lafaz โ€œAs-solatu khairum minan nawmโ€ (Solat itu lebih baik daripada tidur) diucapkan selepas โ€œHayya โ€˜alal falahโ€.

Jika mendengar laungan azan sunat menjawabnya seperti yang dilafazkan oleh mu’adzin. Caranya adalah dengan mengulangi secara perlahan setiap lafaz yang diucapkan oleh muazzin, kecuali pada lafaz tertentu berikut:

Untuk menjawab azan,

Kalimah Dijawab
ุญูŠูŽู‘ ุนูŽู„ูฐู‰ ุงู„ุตูŽู‘ู„ุงูŽุฉูู„ุงูŽุญูŽูˆู’ู„ูŽ ูˆูŽู„ุงูŽู‚ููˆูŽู‘ุฉูŽ ุฅูู„ุงูŽู‘ุจูุงู„ู„ู‡ู
ุญูŽูŠูŽู‘ ุนูŽู„ูฐู‰ ุงู„ู’ููŽู„ุงูŽุญูู„ุงูŽุญูŽูˆู’ู„ูŽ ูˆูŽู„ุงูŽู‚ููˆูŽู‘ุฉูŽ ุฅูู„ุงูŽู‘ุจูุงู„ู„ู‡ู

Untuk lafaz solat subuh :-

Kalimah :Dijawab :
ุงู„ุตูŽู‘ู„ุงูŽุฉู ุฎูŽูŠู’ุฑูŒู…ูู†ูŽ ุงู„ู†ูŽู‘ูˆู’ู…ูุตูŽุฏูŽู‚ู’ุชูŽ ูˆูŽุจูŽุฑูŽุฑู’ุชูŽ
Cara Menjawab Azan

Menurut Al-Imam al-Nawawi dalam kitab Syarh Sahih Muslim menjelaskan:

โ€œDan ketahuilah bahawasanya disunatkan bagi setiap individu yang mendengar seruan azan untuk menjawab seruan azan sepertimana laungannya bagi setiap orang yang mendengarnya sama ada individu tersebut berada dalam keadaan suci atau berhadas berhadas, berjunub, atau bahkan seorang wanita yang sedang haid dan selain mereka dari kalangan orang yang dilarang untuk menjawabnya. Hanya mereka yang berada dalam keadaan tertentu, seperti berada di dalam tandas atau sedang berjimak dengan pasangan, atau situasi lain yang seumpamanya dilarang untuk menjawab azan.”

Penjelasan ini menunjukkan betapa pentingnya menjawab seruan azan, kecuali dalam keadaan yang tidak sesuai untuk melakukannya.

Leave a Comment