Perang Badar, yang tercetus pada 17 Ramadan tahun ke-2 Hijrah (624 Masihi), merupakan peperangan pertama umat Islam di bawah pimpinan Rasulullah SAW bagi menentang kaum Quraisy di Mekah.
Dinamakan Perang Badar kerana berlangsung di kawasan berlakunya peperangan tersebut, kira-kira 80 batu di selatan Madinah, pertempuran ini menjadi kemenangan besar bagi umat Islam pada ketika itu.
Punca utama peperangan ini adalah kerana:
- Kaum Quraisy menzalimi umat Islam di Mekah, merampas harta mereka, dan memaksa mereka berhijrah ke Madinah.
- Nabi Muhammad S.A.W ingin menghalang kafilah dagang Quraisy yang membawa harta rampasan umat Islam dari Mekah ke Syam.
Peristiwa Perang Badar
Perang Badar, atau Badar al-Kubra, merupakan peperangan pertama umat Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad S.A.W. Pertempuran bersejarah ini berlaku pada 17 Ramadan tahun 624 Masihi dan menjadi titik penting dalam sejarah Islam. Ia tidak tercetus secara tiba-tiba, sebaliknya merupakan kemuncak kepada kezaliman serta penindasan berterusan kaum Quraisy yang telah melampaui batas kemanusiaan.
Sebelum tercetusnya perang, umat Islam di Madinah berdepan keadaan yang semakin mencabar apabila mereka sering diserang dan diancam oleh kaum Quraisy dari Mekah yang menentang keras dakwah Islam. Kaum Quraisy juga berusaha gigih untuk menghalang penyebaran Islam yang semakin berkembang pesat.
Namun, strategi tersebut diketahui oleh Abu Sufyan, yang segera meminta bantuan tentera Quraisy bagi melindungi kafilahnya. Seramai 1,000 orang daripada kaum kafir Quraisy Mekah bangkit menyertai peperangan ini, bergerak menuju ke Badar dengan angkatan besar dan semangat membara untuk menentang Rasulullah SAW serta pasukan Muslim.
Maka, bermulalah detik bersejarah yang mempertemukan tentera Muslim dan kafir Quraisy dalam sebuah pertempuran yang dikenali sebagai Yaumul Furqan — Hari Pemisah antara Kebenaran dan Kebatilan.
Jumlah Tentera
Dalam Perang Badar, jumlah tentera adalah seperti berikut:
- Tentera Muslim: kira-kira 313 orang tentera Islam yang menyertai Perang Badar ini
- Tentera Quraisy: kira-kira 1,000 orang (dilengkapi kelengkapan perang yang lebih banyak).
Perbezaan angka ini menunjukkan kekuatan iman dan strategi Muslim mengatasi jumlah yang jauh lebih besar.
Peperangan ini berakhir dengan kemenangan gemilang di pihak tentera Islam, suatu kejayaan besar yang mengangkat martabat umat Muslim. Lebih mengagumkan, hanya 14 orang sahaja daripada pasukan Islam yang gugur sebagai syuhada dalam pertempuran tersebut.
Sebaliknya, tentera Quraisy mengalami kekalahan besar dengan 70 orang terbunuh dan 70 lagi ditawan. Antara tokoh penting dari pihak lawan yang terkorban dalam peperangan ini ialah bapa saudara Nabi Muhammad S.A.W sendiri, iaitu Abu lahab (Amr Ibn Hisham).

Pengajaran Dari Perang Badar
Pengajaran dari Perang Badar sangat banyak dan penting dalam sejarah Islam. Antara pengajaran utamanya ialah:
- Keimanan dan Tawakkal kepada Allah
Tentera Islam yang jauh lebih sedikit jumlahnya tetapi mempunyai iman yang kuat dan yakin kepada pertolongan Allah mampu meraih kemenangan besar. Ini menunjukkan bahawa keyakinan dan tawakkal kepada Allah sangat penting dalam menghadapi cabaran. - Keberanian dan Kesatuan
Perang Badar mengajar umat Islam untuk bersatu padu, berani, dan tidak mudah gentar walaupun menghadapi musuh yang lebih kuat dan ramai. - Kepentingan Strategi dan Perancangan
Rasulullah SAW memimpin perang dengan strategi yang baik, menunjukkan bahawa selain keimanan, perancangan dan strategi juga penting untuk mencapai kejayaan. - Keadilan dalam Perang
Dalam Perang Badar, umat Islam menunjukkan sikap berperang dengan adil, tidak membunuh orang yang tidak berdosa, dan memuliakan tawanan perang. - Pengorbanan demi agama
Para sahabat sanggup berkorban harta dan nyawa demi mempertahankan agama Islam dan menegakkan kebenaran.



