Kadar Zakat Fitrah 2025 (Semua Negeri)

By mukmin

Menjelang tibanya bulan Ramadan setiap tahun, umat Islam di seluruh Malaysia akan mula membuat persiapan bukan sahaja dari sudut ibadah, malah turut mengambil kira tanggungjawab seperti zakat fitrah. Zakat fitrah ialah zakat yang wajib ditunaikan oleh setiap Muslim bagi menyucikan jiwa dan harta serta membantu golongan fakir miskin menyambut Aidilfitri. Kadar zakat fitrah berbeza mengikut negeri dan jenis beras yang dimakan harian. Berikut adalah kadar zakat fitrah yang telah ditetapkan oleh setiap Majlis Agama Islam Negeri untuk tahun 2025.

Kadar Zakat Fitrah 2025 (Semua Negeri)

Senarai Kadar Zakat Fitrah 2025 Mengikut Negeri

  • Perlis – RM9.00
  • Kedah -RM7.00 (kadar asas), RM14.00 (beras premium)
  • Pulau Pinang – RM7.00 (kadar asas), RM10.00 / RM15.00 / RM25.00 (mengikut jenis beras)
  • Perak– RM10.00 (kadar asas), RM16.00 / RM27.00 (beras import)
  • Selangor – RM7.00 (kadar asas) , RM15.00 / RM22.00 (beras wangi/import)
  • Negeri Sembilan – RM7.50 (kadar asas) , RM12.00 / RM22.00 (pilihan lain)
  • Melaka – RM7.00 (kadar asas) , RM15.00 / RM22.00 (beras pilihan)
  • Johor – RM7.00 (kadar asas) , RM12.00 / RM20.00 (beras import)
  • Pahang – RM7.00 (kadar asas) , RM14.00 / RM21.00 (mengikut keupayaan)
  • Terengganu – RM10.00 (kadar asas) , RM21.00 (beras lebih mahal)
  • Kelantan – RM8.00 (kadar asas) , RM14.00 / RM21.00 (pilihan mengikut jenis beras)
  • Sabah – RM7.50 (kadar asas)
  • Sarawak – RM7.50 (kadar asas)
  • Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan) – RM7.00 (kadar asas) , RM15.00 / RM22.00 (beras wangi/import)

Maklumat Tambahan

Kadar asas zakat fitrah biasanya ditentukan berdasarkan harga beras tempatan Super Special Tempatan (SST). Namun begitu, sekiranya seseorang individu atau keluarga menggunakan beras import atau premium sebagai makanan harian, adalah lebih afdal untuk membayar zakat fitrah berdasarkan kadar yang lebih tinggi selaras dengan kemampuan masing-masing.

Pembayaran zakat fitrah boleh dibuat melalui:

  • Amil yang dilantik secara sah
  • Kaunter zakat Majlis Agama Islam Negeri
  • Portal dan aplikasi rasmi zakat setiap negeri

Leave a Comment