Doa lembutkan hati suami ialah doa yang dibaca oleh isteri dengan harapan agar suaminya menjadi lebih tenang, lembut hati, mudah mendengar nasihat, lebih penyayang serta mudah berkomunikasi dalam rumah tangga. Doa ini juga membantu meredakan ketegangan dan mengeratkan kasih sayang antara suami isteri.
Sementara itu, Doa Pengasih pula merupakan doa yang diamalkan untuk menanamkan rasa kasih sayang dan cinta dalam hati seseorang terhadap kita. Ia boleh diamalkan dalam pelbagai konteks hubungan seperti antara suami isteri, ahli keluarga, atau sahabat. Doa ini sering dibaca bagi mengekalkan keharmonian dan kedamaian dalam sesebuah hubungan.
Setiap keluarga pasti mengimpikan rumah tangga yang aman, bahagia dan harmoni. Betapa indahnya jika suami, isteri dan anak-anak dapat hidup dalam suasana yang penuh kasih sayang, harmoni, serta sentiasa mengutamakan ketakwaan kepada Allah SWT.
Himpunan Doa Untuk Suami
Berikut ialah himpunan doa yang boleh diamalkan untuk melembutkan hati dan mengeratkan kasih sayang antara suami dan isteri.
Doa Mengekalkan Kasih Sayang Suami / Isteri
Doa 2
Doa 3
Doa 4
Maksudnya : Taha (Hai manusia). Tiada kami turunkan al-Quran ke atasmu supaya engkau mendapat celaka. Melainkan peringatan bagi orang yang takut kepada Tuhannya. Penurunan daripada Tuhan yang mencipta bumi ini dan langit yang tinggi. Tuhan yang Maha Pemurah, berkuasa di atas โArasy