Doa masuk pasar ialah doa yang dianjurkan untuk dibaca oleh seorang Muslim ketika melangkah masuk ke pasar, kedai, pusat membeli-belah, atau tempat jual beli.
Pasar adalah tempat yang sering disibukkan dengan urusan dunia, jual beli, keuntungan, dan kesibukan manusia. Maka, Islam mengajar kita untuk tetap mengingati Allah SWT walaupun di tempat sebegini, demi menjaga hati daripada lalai.
Doa Masuk Pasar
Amalkan doa ini setiap kali melangkah masuk ke pasar.
Maksudnya : Tiada Tuhan yang kayak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya kerajaan dan bagiNya segala kepujian, Dia yang Menghidupkan dan Mematikan, dan Dia Maha Hidup dan tidak akan mati, di tanganNya segala kebaikan dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu.ย
Membaca doa ketika masuk pasar adalah amalan yang mudah tetapi sangat besar pahalanya. Ia membantu kita untuk terus ingat kepada Allah walaupun sedang sibuk dengan urusan harian. Jika dilakukan dengan hati yang ikhlas dan berterusan, amalan ini boleh menjadi sebab Allah memberkati rezeki dan kehidupan kita.