Doa Penenang Hati – Menghilangkan Rasa Sedih, Kecewa & Gelisah

By mukmin

Dalam kehidupan, kita tidak terlepas daripada ujian seperti rasa sedih, kecewa, dan kesal atas sesuatu yang telah berlaku. Rasa sedih dan kesal adalah perasaan semula jadi yang Allah beri kepada manusia.

Namun, Islam tidak membiarkan kita tenggelam dalam perasaan ini. Sebaliknya, Islam mengajar kita cara untuk bangkit dan menenangkan hati melalui:

  • Doa
  • Zikir
  • Muhasabah diri
  • Tawakal dan redha
  • Usaha memperbaiki keadaan

Doa Tenangkan Hati

Berikut merupakan doa-doa yang boleh dibaca untuk menenangkan hati.

Doa 1

Maksudnya : “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada rasa kesal dan sedih. Aku berlindung denganMu daripada lemah dan malas. Aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung denganMu daripada belenggu hutang dan penindasan manusia”

Doa 2

لَّآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنتَ سُبْحَٰنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ ٱلظَّٰلِمِينَ

Maksudnya: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.”(Surah al-Anbiya’: 87)

Doa 3

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

Maksudnya: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku. – (Surah Taha: 25-28)

Doa 4

أَللّٰهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ نَفْسًا بِكَ مُطْمَئِنَّةً، تُؤْمِنُ بِلِقَائِكَ، وَتَرْضَى بِقَضَائِكَ، وَتَقْنَعُ بِعَطَائِكَ

Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon kepadaMu jiwa yang merasa tenang kepadaMu, yang yakin akan bertemu denganMu, yang ridho dengan ketetapanMu, dan yang merasa cukup dengan pemberianMu.”

Cara Dapatkan Ketenangan Hati

Menghilangkan rasa sedih dan kesal memang tidak mudah, tetapi ada beberapa cara yang boleh membantu untuk meredakannya dan kembali tenang. Berikut beberapa cara yang boleh anda cuba:

  1. Mengingati Allah
  2. Tenangkan Diri dengan Zikir dan Doa
  3. Dekatkan Diri dengan Al-Quran
  4. Redha dan Yakin dengan Takdir Allah
  5. Luahkan dan Cari Sokongan
  6. Muhasabah Diri

Sedih dan kesal adalah ujian hati, tetapi ia juga peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah. Jangan biarkan diri tenggelam terlalu lama. Bangkitlah perlahan-lahan dengan doa, zikir dan terus berharap kepada-Nya.

Leave a Comment