Cara Solat Jenazah

By mukmin

Dalam menghadapi kematian, umat Islam mengikuti beberapa adab khusus yang dilakukan untuk mendoakan kesejahteraan dan keampunan bagi orang yang telah meninggal dunia. Salah satu amalan yang sangat penting ialah solat jenazah, yang dilaksanakan selepas jenazah selesai dimandikan dan dikafankan.

Pelaksanaan solat jenazah mempunyai rukun yang berbeza daripada solat fardhu dan solat sunat yang lain. Solat ini termasuk dalam kategori fardhu kifayah dan merupakan satu-satunya solat yang dilakukan oleh manusia terhadap manusia lain

Rukun dan Cara Solat Jenazah

  1. Niat berserta takbiratulihram.
  2. Berdiri tegak (Solat jenazah dilakukan secara berdiri, tanpa rukuk dan sujud.)
  3. Takbir empat kali
  4. Membaca Surah al-Fatihah selepas takbir pertama.
  5. Selawat ke atas Nabi SAW selepas takbir kedua.
  6. Doa untuk jenazah selepas takbir ketiga.
  7. Memberi salam selepas takbir keempat.

Kedudukan Jenazah

  • Jenazah Lelaki: Kepala jenazah diletakkan pada sebelah kiri imam dan imam berdiri di bahagian kepalanya.
  • Jenazah Perempuan atau Khunsa: Kepala jenazah diletakkan pada sebelah kanan imam dan imam berdiri di bahagian punggungnya.

Cara Solat Jenazah

Berikut adalah cara solat jenazah.

1. Niat untuk Jenazah Lelaki

“Aku bersolat ke atas jenazah lelaki ini empat takbir sebagai kerana Allah Taala.”

2. Niat untuk Jenazah Perempuan

“Aku bersolat ke atas jenazah wanita ini empat takbir sebagai imam/sebagai makmum kerana Allah Taala.”

3. Niat Jenazah Kanak-Kanak Lelaki

أُصَلِّى عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ الطِفْلِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى
Usolli ‘Ala Hazal-Mayyiti al-Tifli Arba’a Takbiratin Fardol Kifayati Makmuman Lillahi Taala 

Maksudnya : Sahaja aku solat jenazah di atas mayat kanak-kanak lelaki ini empat takbir fardu kifayah, sebagai makmum kerana Allah Taala

4. Niat Jenazah Kanak-Kanak Perempuan

أُصَلِّى عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ الطِفْلَةِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى
Usolli ‘Ala Hazal-Mayyitati al-Tifli Arba’a Takbiratin Fardol Kifayati Makmuman Lillahi Taala 

Maksudnya: Sahaja aku solat jenazah di atas mayat kanak-kanak perempuan ini empat takbir fardu kifayah, sebagai makmum kerana Allah Taala

5. Niat Solat Jenazah Yang Tidak Diketahui Statusnya

Apabila berlakunya situasi di mana kita sebagai makmum tidak mengetahui status jantina dan usia jenazah tersebut, kita boleh mulakan solat jenazah dengan niat di bawah:

أُصَلَّى عَلَى هَذَا الْمَيِّتِ مَنْ صَلَّى عَلَيْهِ الْإِمَامُ أَرْبَعَ تَكْبِيرَاتٍ فَرْضَ الْكِفَايَةِ مَأْمُوْمًا لِلهِ تَعَالَى
Usolli ‘Ala Hazal-Mayyiti Man Solla ‘Alayhil Imamu Arba’a Takbiratin Fardol Kifayati Makmuman Lillahi Taala 

Maksudnya: Sahaja aku solat jenazah di atas mayat yang disolatkan oleh imam empat takbir fardu kifayah, makmum kerana Allah Taala

Niat Solat Jenazah
Cara Solat Jenazah

Kepentingan Solat Jenazah

  • Mendoakan keampunan bagi si mati supaya rohnya diberi ketenangan dan ditempatkan di syurga.
  • Tanda penghormatan terakhir kepada orang yang telah meninggal dunia.
  • Meneguhkan ikatan ukhuwah di antara ahli keluarga dan komuniti Muslim.
  • Ia juga menjadi amanah sosial yang wajib dilakukan oleh mereka yang hidup terhadap jenazah Muslim lain.

Leave a Comment