Hukum Makmum Masuk Solat Ketika Imam Rukuk

By mukmin

Makmum masbuk ialah seseorang yang datang lewat untuk solat berjemaah sehingga tidak sempat membaca surah al-Fatihah bersama imam. Oleh itu, dia tidak dapat mengikuti semua rukun solat yang dilakukan oleh imam dari awal secara sempurna.

Kalau makmum yang datang lambat sempat rukuk pada masa yang sama imam sedang bangun dari rukuk, adakah dia dikira dapat rakaat itu? Dan kalau kita ragu-ragu sama ada sempat rukuk dengan imam atau tidak, macam mana?

Tindakan Yang Boleh Diambil

Jika anda datang lambat dan jadi makmum masbuk, anda perlu tahu apa yang perlu dilakukan supaya solat anda sah dan tidak melanggar hukum. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil dalam situasi seperti ini:

Contoh Situasi 1 & Tindakan

SITUASI 1

  • Imam sudah hampir selesai membaca surah sunat (bacaan surah selepas Al-Fatihah) dalam rakaat, dan makmum baru sahaja memasuki saf.

TINDAKAN

  • Makmum perlu membaca surah Al-Fatihah dan rukuk bersama Imam bersama tamakninah bagi mendapatkan rakaat berkenaan.
  • Bacaan Al-Fatihah yang tidak lengkap atau tidak habis akan ditanggung oleh Imam. Jadi makmum tidak perlu tergesa-gesa menghabiskan Al-Fatihah.

Contoh Situasi 2 & Tindakan

SITUASI 2

  • Imam sudah berada dalam rukuk ketika makmum baru masuk ke dalam saf.

TINDAKAN

  • Makmum perlu berniat dan berdiri sebentar (selama kadar bacaan SubhanAllah) sebelum turut melakukan rukuk bersama Imam.
  • Untuk dikira dapat rakaat itu, makmum perlu rukuk bersama imam dan berhenti sekejap dalam rukuk tersebut.
  • Makmum di situasi kedua ini tidak perlu membaca Al-Fatihah, kerana ia telah ditanggung Imam solat tersebut

*NOTA:

  • Makmum dianggap mendapat satu rakaat jika sempat rukuk bersama imam, walaupun hanya seketika.
  • Jika Imam telah melepasi rukuk, iaitu sedang iktidal, sujud atau sedang duduk di antara dua sujud itu bermaksud makmum tersebut tidak mendapat rakaat tersebut.
  • Jika makmum tidak sempat mengikuti satu rakaat bersama Imam, dia tidak perlu memberi salam bersama Imam. Sebaliknya, selepas Imam memberi salam, makmum perlu bangun untuk menyempurnakan rakaat yang tertinggal.

Leave a Comment