Peristiwa Israk Mikraj

By mukmin

Israk dan Mikraj adalah dua peristiwa luar biasa yang berlaku dalam satu malam ke atas Nabi Muhammad SAW dan merupakan antara mukjizat besar dalam Islam.

Salah satu peristiwa penting dalam Israk dan Mikraj ialah perintah supaya umat Islam menunaikan solat fardu lima waktu sehari semalam.

Maksud Israk dan Mikraj

Israk bermaksud perjalanan malam, di mana Nabi Muhammad SAW dibawa dari Masjidilharam di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin dalam satu perjalanan malam yang singkat.

Mikraj pula adalah perjalanan Baginda SAW dari langit pertama sehingga ke Sidratul Muntaha untuk bertemu Allah SWT. Di sinilah Nabi Muhammad SAW menerima perintah solat lima waktu dari Allah SWT sebagai kewajipan kepada umat Islam.

Tarikh Berlakunya Israk Mikraj

Tarikh berlakunya Israk dan Mikraj adalah pada 27 Rejab dalam kalendar Islam.

Peristiwa ini berlaku pada malam 27 Rejab tahun ke-10 sebelum hijrah (sekitar tahun 621 Masihi).

Peristiwa ini berlaku selepas kewafatan bapa saudara Nabi SAW, Abu Talib dan isteri kesayangan baginda, Saidatina Khadijah, di mana tahun ini dikenali sebagai Tahun Dukacita.

Kisah ringkas Israk Mikraj

  • Pada malam Israk, Nabi Muhammad SAW dibawa oleh malaikat Jibril menaiki Buraq (makhluk bersayap).
  • Nabi melakukan perjalanan dari Mekah ke Baitulmaqdis.
  • Dari situ, Nabi menaiki ke langit-langit bertemu dengan para nabi dan akhirnya bertemu Allah SWT.
    • Langit 1, berjumpa Nabi Adam.
    • Langit 2, berjumpa Nabi Isa dan Yahya
    • Langit 3, berjumpa Nabi Yusuf
    • Langit 4, berjumpa Nabi Idris
    • Langit 5, berjumpa Nabi Harun
    • Langit 6, berjumpa Nabi Musa
    • Langit 7, berjumpa Nabi Ibrahim
  • Allah SWT memberi perintah solat lima waktu sehari semalam.
  • Nabi Muhammad SAW kembali ke Mekah pada malam yang sama.
Peristiwa israk mikraj

Kepentingan Israk Mikraj

  • Menunjukkan kekuasaan Allah SWT dan keistimewaan Nabi Muhammad SAW.
  • Menguatkan keimanan umat Islam.
  • Menetapkan solat sebagai tiang agama dan ibadah wajib yang mesti dilaksanakan.


Leave a Comment