Surah Al-Humazah (سورة الهمزة) ialah surah ke-104 dalam al-Quran. Ia tergolong dalam surah Makkiyyah dan mengandungi 9 ayat. Nama “Al-Humazah” diambil daripada ayat pertama, yang merujuk kepada “Pengumpat”.
Teks Surah Al-Humazah
Berikut ialah teks bacaan Surah Al-Humazah dalam tulisan Arab, rumi, serta terjemahan maksudnya.


Rumi : Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm
Maksudnya : Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Rumi : Waylullikulli humazatil lumazah
Maksudnya : Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,

Rumi : Allażī jama‘a mālaw wa ‘addadah
Maksudnya : Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;
Rumi : Yaḥsabu anna mālahū akhladah
Maksudnya : Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!
Rumi : Kallā layunbazan-na fil-ḥuṭamah
Maksudnya : Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam “Al-Hutamah”.
Rumi : Wa mā adrāka mal-ḥuṭamah
Maksudnya : Dan tahukah kamu apa itu al-Ḥuṭamah?
Rumi : Nāru-llāhil-mūqadah
Maksudnya : (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya),
Rumi : Allatī taṭṭali‘u ‘alal-af’idah
Maksudnya : Yang naik menjulang ke hati;
Rumi : Innahā ‘alaihim mu’ṣadah
Maksudnya : Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.
Rumi : Fī ‘amadin mumaddadah
Maksudnya : (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.










