Apa yang dimaksudkan dengan Solat Taubat?
Solat sunat taubat adalah solat yang disunatkan dilakukan apabila seseorang melakukan dosa atau merasakan diri telah berbuat dosa dan ingin bertaubat kepada Allah.
Selain daripada istighfar dan menyesali segala kesalahannya, taubat nasuha juga boleh disempurnakan dengan melakukan Solat Sunat Taubat sebanyak dua rakaat. Kita sebagai manusia biasa, pasti tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan, khilaf dan dosa. sesungguhnya sebaik-sebaik orang yang berbuat salah dan pendosa adalah mereka yang bersegera bertaubat. Oleh itu, perlaksanaan Solat Sunat Taubat ini menzahirkan kesungguhan seorang hamba untuk benar-benar bertaubat yakni taubatan nasuha kepada penciptanya lantaran ibadah solat merupakan sebaik-baik ibadat dan wasilah yang dapat menghubungkan diri seseorang kepada Allah SWT.
وَالَّذِيْنَ اِذَا فَعَلُوْا فَاحِشَةً اَوْ ظَلَمُوْٓا اَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللّٰهَ فَاسْتَغْفَرُوْا لِذُنُوْبِهِمْۗ وَمَنْ يَّغْفِرُ الذُّنُوْبَ اِلَّا اللّٰهُ ۗ وَلَمْ يُصِرُّوْا عَلٰى مَا فَعَلُوْا وَهُمْ يَعْلَمُوْنَ
“Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, (segera) mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa (lagi) yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui.” _Surah Ali Imran ayat 135
Maka, cara yang terbaik untuk kembali taat kepada Allah SWT adalah melalui solat yang disertai dengan zikir istighfar dan doa taubat selepas solat tersebut
Syarat-Syarat Taubat
Antara syarat-syarat taubat adalah:
Benar-benar menyesal terhadap perbuatan atau dosa yang lalu.
Meninggalkan perbuatan yang membawa dosa tersebut.
Bercita-cita tidak akan melakukan perbuatan dosa itu lagi.
Tetapi apabila kita melakukan perbuatan dosa terhadap manusia seperti mencuri, mengumpat, memukul dan sebagainya.. … maka hendaklah ditambah lagi satu syarat, iaitu memulangkan semula barang yang dicuri dan memohon maaf atas kesalahan yang telah dilakukan.
Panduan Waktu Solat Taubat
Bilakah waktu sesuai mengerjakan Solat Sunat Taubat?
Solat sunat taubat boleh dikerjakan pada bila-bila masa sahaja. Tidak ada waktu yang dikhususkan untuk mengerjakan Solat Sunat Taubat ini. Ia boleh dilakukan sekalipun dalam waktu tahrim (waktu yang diharamkan solat sunat) kerana solat ini mempunyai sebab, iaitu segera bertaubat kepada Allah SWT. Namun, solat ini lebih baik dilakukan selepas tengah malam sewaktu Qiamullai (bangun pada 2/3 malam untuk beribadat kepada Allah) kerana suasana pada waktu ini sunyi dan kurang gangguan agar solat lebih khusyuk. Cuma, apabila kita berasa bersalah dan mahu kembali kepada Allah, maka lebih baik kembali yang dimulai dengan amalan serta-merta. Sesungguhnya amal yang paling baik bagi umat manusia tidak lain tidak bukan adalah solat.
Niat solat sunat taubat
Niat Solat Taubat Niat Solat Sunat Taubat adalah seperti berikut:
Niat solat taubat: Usolli Sunnata Taubati Rak’ataini Lillahi Ta’ala
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala
Bilangan Rakaat solat sunat taubat Tidak ada keterangan khusus berkenaan solat sunat taubat secara terperinci. Mengikut pandangan kebanyakkan ulamak, solat sunat taubat boleh dikerjakan sebanyak dua, empat dan enam rakaat Perlaksanaan cara solat taubat ini adalah sama seperti solat-solat sunat yang lain.
Bagaimana cara mengerjakan Solat Taubat?
Cara Solat Taubat dari segi pergerakan adalah sama seperti solat-solat sunat yang lain. Bacaan dalam solat ini tidaklah ditentukan. Oleh itu, bolehlah membaca mana-mana surah yang disukai.
Panduan melakukan solat sunat taubat secara langkah demi langkah:
Rakaat Pertama
1.Solat Dimulakan Dengan Takbiratul ihram. Niat Solat Taubat Semasa mengangkat takbir, bacakan niat Solat Sunat Taubat dalam hati: niat solat taubat Usolli Sunnata Taubati Rak’ataini Lillahi Ta’ala Atau boleh juga berniat dalam Bahasa Melayu: Sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala , takbiratul ihram 2.Kemudian, Bacalah Doa Iftitah. Hukum membaca Iftitah adalah sunat hai’ah. Solat Sunat Taubat ini tetap sah jika doa ini tidak dilakukan. Namun, jika dibaca akan mendapat pahala.
Allaahu Akbaru Kabiiraa-walhamdu Lillaahi Katsiiran, Wa Subhaanallaahi Bukrataw-wa’ashiila. Wajjahtu Wajhiya Lilladzii Fatharas-samaawaati Wal Ardha Haniifam-muslimaw-wamaa Anaa Minal Musyrikiina. Inna Solaatii Wa Nusukii Wa Mahyaaya Wa Mamaatii Lillaahi Rabbil ‘Aalamiina. Laa Syariikalahu Wa Bidzaalika Umirtu Wa Ana Minal Muslimiin
3.Seterusnya Bacalah Surah al-Fatihah.
Surah al-Fatihah
Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn .
4.Kemudian, Baca Surah al-Kafirun
surah Al-kafirun :
Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Qul yaa ayyuhal-kafirun. La a’budu maa ta’buduun. Wa la antum ‘Abiduna maa a’bud. Wa laa ana ‘Aabidum maa ‘abattum. Wa laa antum ‘abiduuna maa a’bud. Lakum diinukum wa liya diin.
(Pemilihan surah adalah bebas. Anda juga baca surah-surah yang lain.)
5.Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk rukuk
6.Kemudian Bangun Iktidal Bangun dari rukuk
kemudian bacalah: Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh.
7.Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud .
Bacaan sujud: Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
8.Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud
Bacaan antara dua sujud: Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
9.Kemudian Lakukan Sujud Kedua
Semasa sujud bacakan bacaan sujud: Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
10.Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua. Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum bangun berdiri untuk rakaat seterusnya. solat taubat Posisi Duduk Istirahat Rakaat Kedua
11.Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir intiqalat Selepas bangun dari duduk istirahah, maka bertakbirlah untuk rakaat kedua. (Takbir intiqalat bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).
12.Baca Surah al-Fatihah Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah. Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.
13.Membaca Surah al-Ikhlas Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah al-ikhlas.
surah al-ikhlas
Qul huwallahu ahad. Allahus-samad. Lam yalid wa lam yuulad. Wa lam yakul lahuu kufuwan ahad. Maksudnya: Katalah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”
Seperti rakaat pertama, kita bebas untuk membaca mana-mana surah yang kita mahu dan ingat.
14.Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk rukuk solat Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa. Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:
SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih
15.Kemudian Bangun Iktidal Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:
rabbana lakal hamdh Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
16.Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
17.Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud
Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
18.Kemudian Lakukan Sujud Kedua
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
Bacaan Dalam Sujud Akhir (sebelum bangun untuk tahiyat), ucapkanlah sebagaimana berikut sebanyak 40x
Laa ilaaha illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minazzolimin
Maksudnya: Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim
19.Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir tahiyat akhir
20. Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam. Akhir solat dengan memberi salam dua kali, bermula dari kanan kemudian memalingkan muka ke kiri. salam Palingkan muka ke sebelah kanan, dan ucapkan salam seperti berikut.
Assalamualaikum Warahmatullah Maksudnya: Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya … kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua: ucapan salam Assalamualaikum Warahmatullah
21.Maka Selesailah Solat Taubat Tersebut. Selepas salam, bacalah surah Al-Fatihah dan wirid-wirid. Perbanyakkan istighfar dan memohon keampunan kepada Allah. (sambil menyesali dosa-dosa yang dilakukan) Maka ucapkanlah istighfar berulang kali
Bacaan Istighfar : “Astagfirullah Hal ‘Azim Allazi Laa ilaaHa illa Huwalhayyu-Qoyyum Wa AtuuBu ilaih” Maksudnya: Aku memohon keampunan daripada Allah, Tuhan Yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Allah. Dia hidup, berdiri dengan sendirinya, dan aku memohon keampunan daripadaNya.
Amalan ini sesuai dengan firman Allah: Dan mereka itu apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri mereka, maka mereka mengingati Allah lalu beristighfar ke atas dosa-dosa mereka. Dan siapakah yang mengampunkan dosa selain Allah. Serta mereka tidak berterusan terhadap apa yang telah mereka lakukan dalam keadaan mereka mengetahui. — Surah Ali Imraan: 135 Istighfar boleh sahaja dilakukan dengan mengucapkan lafaz ‘’Astaghfirullah’’, ataupun istighfar dalam ertikata lain adalah bertaubat kepada Allah SWT Iaitu seseorang itu benar-benar menyesal terhadap maksiat yang dilakukan, berhenti dari melakukannya, serta berazam untuk tidak mengulanginya kembali buat selamanya.
Bacaan Zikir Taubat Sebagai tambahan: Boleh juga diamalkan zikir taubat ini selepas solat atau bila-bila masa sahaja.
Akhir sekali berdoalah. berdoalah mengikut luahan hati mengharapkan keampunan dan keredhaan Allah. Namun jika anda buntu, anda boleh membaca doa khusus di bawah ini untuk memohon keampunan Allah. Doa ini juga boleh dibaca terus jika anda tidak dapat melakukan solat, seperti sedang haid atau lain-lain keuzuran.
Allahumma inni Zholamtu Nafsi Zull-man Katsiran Walaa Yagh-Firu ZunuuBa illa Anta, Fagh-firli Min indika Magfirotan innaka Antal Rgho-fuu Rur-rahim.
“Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang besar. Dan tiada siapa yang akan mengampuni dosa-dosaku melainkan Engkau. Maka ampunilah aku dengan keampunan yang besar daripada sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.”
Hikmah solat taubat
Segala peraturan yang digariskan Allah SWT mempunyai hikmah atau kebaikannya. Kebaikan yang dimaksudkan bukan untuk Allah SWT, tetapi bagi manusia. Namun banyak diantara yang ditetapkan Allah SWT itu tidak disebutkan hikmahnya didalam al-Quran atau hadis. Dalam keadaan sedemikian, maka para ulama’ lah yang menerangkan apa hikmahnya. Begitu juga dengan Solat Taubat, disuruh kita mengerjakannya kerana ada hikmah yang tersembunyi. Hikmah Solat Taubat ialah untuk membersihkan dosa-dosa kita. Memang dengan mengucap istighfar sahaja pun (kalau kita betul-betul bertaubat), Allah SWT akan mengampuni dosa-dosa kita. Namun supaya kita nampak lebih sungguh-sungguh bertaubat, perlulah kita mengerjakan Solat Sunat Taubat. Ada orang yang mengucap istighfar (minta ampun), setiap selesai mengerjakan solat fardu tetapi dosa yang selalu dia kerjakan belum dia tinggalkan dan tidak ada perasaan menyesal. Pernyataan minta ampunnya itu hanya di bibir belaka. Orang seperti itu sudah pasti lebih baik mengerjakan Solat Taubat supaya nampak lebih serius taubatnya. Cara yang lebih baik ialah mengerjakan Solat Taubat dirumah tengah malam atau menjelang sahur. Ketika sujud yang terakhir, sujudnya dipanjangkan dan direnungkan segala dosa yang terlanjur dikerjakan dan direnungkan pula bagaimana dahsyatnya seksa Allah SWT. Begitu juga setelah memberi salam tangan diangkat sambil memohon keampunan daripada Allah SWT. Hendaklah diingat-ingat segala kesalahan yang dilakukan, hendaklah direnungkan bagaimana beraninya kita melanggar perintah Allah SWT dan kita bayangkan betapa hebatnya seksa Allah SWT. Di samping itu hendaklah kita yakin bahawa Allah SWT sebenarnya redha memaafkan kesalahan kita asalkan kita betul-betul bertaubat. Bererti perlu ada khauf (rasa takut) dan raja’ (rasa harap). Maksudnya, perlu takut terhadap seksa Allah SWT dan perlu pula yakin bahawa Allah SWT yang Maha Pengampun akan mengampuni segala dosa dosa kita. Kesungguhan bertaubat dengan taubat nasuha diikuti dengan Solat Sunat Taubat merupakan satu-satunya jalan untuk mendapatkan keampunan Allah SWT.
Regenerate response