Dalam Islam, Hari-hari Tasyrik merujuk kepada Hari Raya Aidiladha (jatuh pada hari ke-10), diikuti oleh tiga hari berikutnya iaitu 11, 12, dan 13 bulan Zulhijjah berdasarkan kalendar Hijrah.
Pada hari-hari tersebut, umat Islam yang menunaikan ibadah Haji akan melengkapkan amalan mereka dengan melontar di ketiga-tiga Jamrah, iaitu Jamratul Ula, Jamratul Wusta, dan Jamratul Aqabah.
Ibadah melontar Jamrah dilakukan sebagai mengingati peristiwa Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. yang melontar batu ke arah syaitan ketika syaitan menjelma untuk mengganggu kedua-dua Nabi itu untuk melaksanakan ibadah korban seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT.
Umat Islam boleh melakukan ibadah korban sehingga sebelumnya masuk waktu Maghrib 14 Zulhijjah. Begitu juga amalan bertakbir, juga disunatkan sehingga sebelum masuk waktu Maghrib hari tersebut.
Takbir raya tidak hanya dilaungkan di masjid atau selepas setiap waktu solat. Umat Islam digalakkan untuk melaungkan lafaz takbir ini pada waktu-waktu yang disunatkan atau dibenarkan, di mana sahaja mereka berada. Di dalam kenderaan, ketika memandu, di rumah semasa menguruskan kerja, bersantai, di jalanan ketika menuju ke masjid atau surau, dan di mana-mana sahaja apabila teringat untuk bertakbir. Mereka tidak perlu menunggu sehingga di surau atau selepas solat untuk bertakbir.
Larangan Berpuasa Pada Hari Tasyrik
Pada hari-hari Tasyrik, umat Islam diharamkan untuk berpuasa kerana hari-hari tersebut dikenali sebagai “Hari Makan Minum”.
dis Rasulullah yang bermaksud: Dari Nubaisyah al-Hudzali RA katanya: โRasulullah bersabda: โHari-hari Tasyrik (10,11,12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari-hari makan minum.โ
(Hadis Riwayat Imam Muslim)