Ketahui Nama-Nama Hari Kiamat & Maknanya

By mukmin

Hari Kiamat ialah detik berakhirnya segala kehidupan di dunia dan permulaan kepada kehidupan di akhirat. Ia merupakan satu peristiwa besar yang pasti berlaku. Sebagai umat Islam, beriman kepada kewujudan hari akhirat adalah salah satu daripada rukun iman yang wajib kita yakini.

Hari kiamat pasti terjadi atas kehendakNya. Ia berlaku tidak diberitahu. Waktu tepatnya hanya Allah S.W.T yang mengetahui. Sebaliknya kita hanya diberikan petunjuk melalui tanda-tanda yang mendahului kedatangannya.

Nama Hari Kiamat

Hari Kiamat dikenali dengan pelbagai nama, setiap satunya menggambarkan kedahsyatan suasana dan peristiwa yang berlaku pada ketika itu.

ArabRumi Makna
يوم القيامةYawm al-QiyāmaṯHari kebangkitan
الساعةal-Sā’aṯWaktu
يوم الآخرYawm al-AkhīrHari Akhir
يوم الدينYawm al-DīnHari akhir (agama)
يوم الفصلYawm al-FaṣlHari keputusan
يوم الحسابYawm al-ḤisābHari perhitungan
يوم الفتحYawm al-FatḥHari pengadilan
يوم التلاقYawm al-TalāqHari perpisahan
يوم الجمعYawm al-Jam'(i)Hari pengumpulan
يوم الخلودYawm al-KhulūdHari kekekalan
يوم الخروجYawm al-KhurūjHari Keluar
يوم البعثYawm al-Ba’thHari Kebangkitan
يوم الحسرةYawm al-ḤasraṯHari penyesalan
يوم التنادYawm al-TanādHari pemanggilan
يوم الآزفةYawm al-ĀzifaṯHari mendekat
يوم التغابنYawm al-TaghābunHari terbukanya aib
يوم الوعيدYawm al-Wa’īdHari ancaman
اليوم العظيمYawm al-AẕīmHari agung
اليوم المشهودal-Yawm al-MasyhūdHari penyaksian
القارعةal-Qāri’aṯBencana yang menggetarkan
الغاشيةal-GhāsyiaṯBencana yang tak tertahankan
الصاخةal-ṢākhkhaṯBencana yang memilukan
الطامة الكبرىal-Tāmmaṯ al-KubrāBencana yang melanda
الحاقةal-ḤāqqaṯKebenaran besar
الواقعةal-Wāqi’aṯPeristiwa besar

Leave a Comment