Badal Haji : Maksud, Hukum & Panduan Pelaksanaan

By mukmin

Ibadah haji adalah salah satu rukun Islam yang wajib ditunaikan bagi setiap umat Islam yang berkemampuan. Namun, bagi mereka yang tidak mampu melaksanakannya sendiri tetapi mempunyai kemampuan kewangan, ibadah tersebut boleh disempurnakan melalui badal haji sama ada oleh diri sendiri atau dibantu oleh ahli keluarga.

Maksud Badal Haji

Badal haji ialah pelaksanaan ibadah haji oleh seseorang bagi pihak individu lain yang tidak mampu menunaikannya sendiri.

Keadaan ini biasanya berlaku apabila:

  • Individu tersebut uzur atau sakit sehingga tiada harapan untuk sembuh.
  • Individu tersebut telah meninggal dunia tetapi belum sempat menunaikan haji.

Hukum Perlaksanaan

Badal haji wajib dilaksanakan bagi individu yang berkemampuan dari segi kewangan. Jika seseorang yang mampu menunaikan haji meninggal dunia sebelum sempat menunaikannya, maka upah haji wajib ditunaikan menggunakan harta peninggalannya, kerana kewajipan haji itu dianggap sebagai hutang yang perlu diselesaikan bagi pihak si mati.

Namun, jika si mati tidak meninggalkan harta atau harta yang ada tidak mencukupi, maka tidak wajib pihak si mati. Sebaliknya, pelaksanaan badal haji ketika itu hanya menjadi amalan sunat, sama ada dilakukan oleh ahli warisnya ataupun orang lain bagi pihak si mati.

Bagi pesakit terlantar atau penghidap penyakit kronik yang tidak lagi berupaya menunaikan ibadah ini, sekiranya mereka berkemampuan, maka wang tersebut hendaklah digunakan untuk menunaikan upah haji.

Badal Haji

Syarat Sah Badal Haji

Sekiranya anda berhasrat melaksanakan badal haji, sama ada untuk diri sendiri, ibu bapa yang sedang sakit ataupun yang telah meninggal dunia, anda perlu pastikan terlebih dahulu memenuhi syarat-syarat sah berikut sebelum ia dilaksanakan:

  • Syarat pertama yang perlu difahami ialah upah haji hanya dibolehkan untuk individu yang tidak berkemampuan dari segi fizikal, seperti pesakit kronik atau pesakit terlantar, serta bagi mereka yang telah meninggal dunia sahaja.
  • Upah haji tersebut harus dilaksanakan oleh individu yang telah melakukan haji SAHAJA. TIDAK boleh seseorang itu mengerjakan ibadah yang wajib bagi orang lain jika dia sendiri belum menunaikan ibadah tersebut.
  • Badal haji tidak sah dan tidak diwajibkan ke atas individu yang tidak berkemampuan dari segi kewangan.
  • Wakil yang melaksanakan upah haji tersebut perlu memastikan niat yang dibaca sewaktu memasuki ihram jelas menyatakan bahawa ibadah tersebut dilakukan bagi mewakili individu lain. Jika tidak, upah haji tersebut adalah tidak sah.

Panduan Melaksanakan Upah Haji

Pelaksanaan upah haji atau badal haji dilakukan melalui beberapa langkah berikut:

  • Memastikan wakil yang dipilih ialah individu yang telah menunaikan haji dan mempunyai kefahaman jelas tentang rukun serta pelaksanaannya sebelum menjalankan upah haji.
  • Wakil hendaklah menunaikan haji dengan menyempurnakan semua rukun dan syaratnya seperti ihram, tawaf, sa’ie dan lain-lain.
  • Niat badal haji perlu dinyatakan dengan jelas, bahawa haji yang dilakukan adalah bagi pihak individu lain dan bukan untuk diri sendiri.

Leave a Comment