Ketahui Hari-Hari Puasa: Sunat, Makruh & Haram

By mukmin

Bagi umat Islam, memahami tujuan sebenar puasa amat penting supaya setiap ibadah yang dilakukan tidak sia-sia, bukan sekadar mengejar pahala, tetapi juga mendatangkan manfaat dan keberkatan dalam hidup.

Dalam Islam, terdapat beberapa hari yang diharamkan untuk berpuasa kerana ia adalah hari yang memiliki kedudukan istimewa dan di dalamnya dianjurkan untuk bergembira, bersyukur, atau merayakan peristiwa tertentu.

Hari Yang Diharamkan Puasa

Berikut adalah hari yang diharamkan untuk berpuasa:

  1. Hari Raya Aidilfitri pada 1 syawal
  2. Hari Raya Aidiladha iaitu pada 10 Zulhijjah
  3. Hari Tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah
  4. Puasa sunat seorang isteri tanpa izin suaminya

Hari Yang Sunat Puasa

Puasa sunat adalah puasa yang digalakkan dan mendatangkan pahala, boleh dilakukan pada bila-bila masa yang dibenarkan selain hari yang diharamkan. Antara contoh:

  1. Puasa Isnin dan hamis
  2. Puasa hari-hari putih
  3. Puasa hari Asyura dan hari Tasu’a
  4. Puasa 6 hari dalam bulan Syawal
  5. Puasa dalam bulan Syaaban

Hari Yang Makruh Berpuasa

Puasa makruh ialah puasa yang sebaiknya dihindari kerana kurang sesuai dilakukan, walaupun tidak haram.

Contoh hari makruh berpuasa:

  1. Hari Jumaat sahaja – jika tidak disertai puasa Khamis atau Sabtu.
  2. Hari Sabtu sahaja – jika tidak disertai puasa Jumaat atau Ahad.
  3. Berpuasa sepanjang tahun
  4. Puasa pada hari ‘Arafah bagi orang yang mengerjakan haji

Leave a Comment