Maksud Fi Amanillah
Fi Amanillah” ialah ungkapan dalam Bahasa Arab yang sering digunakan ketika berpisah. Ia membawa maksud menitipkan seseorang dalam jagaan Allah, seumpama ucapan “Selamat tinggal”, “Jaga diri” atau “Bye”, namun lebih bermakna kerana tersirat doa dan kasih sayang.

Ungkapan Fi Amanillah ini bermaksud “Dalam jagaan Allah” atau “Semoga engkau berada dalam perlindungan Allah.
Ucapan ini bertujuan mendoakan agar seseorang sentiasa berada dalam lindungan dan keselamatan Allah. Selain itu, ia juga melambangkan keprihatinan serta kasih sayang antara sesama manusia, dengan harapan agar orang yang kita sayangi sentiasa terpelihara.
Bila Diucapkan
Ucapan ini biasanya digunakan:
- Ketika berpisah atau mengucapkan selamat tinggal.
- Saat melepaskan seseorang yang ingin bermusafir.
- Bila ingin mendoakan keselamatan dan kesejahteraan seseorang.
- Sebagai tanda kasih sayang dan doa ikhlas kepada orang lain.
- Sebagai ucapan pengganti selamat tinggal
Cara Membalasnya
Jika seseorang mengucapkan ‘Fi Amanillah’ kepada kita, jawapan yang sesuai ialah dengan doa balas yang baik. Antara yang biasa digunakan ialah
‘Fi Hifzillah’, yang bermaksud ‘Dalam perlindungan Allah’.”
Atau, anda juga boleh membalas dengan menggunakan frasa yang sama, iaitu ‘Fi Amanillah’.
Selain itu, sebagai tanda terima kasih atas doa yang tulus itu, anda juga boleh membalas dengan ucapan, ‘Jazakallahu Khayran’.
Kesimpulan
“Fi Amanillah” ialah ucapan doa yang sangat indah, sesuai digunakan ketika berpisah, bermusafir, atau bila ingin menitipkan seseorang dalam perlindungan Allah.



