Maksud & Kepentingan Zikir/Doa Hasbunallah Wanikmal Wakil

By mukmin

Hasbunallah Wanikmal Wakil (حسبنا الله ونعم الوكيل) ialah satu zikir/doa yang bermaksud menyerahkan segala urusan kepada Allah dengan penuh keyakinan bahawa Allah sebaik-baik pelindung.

“Cukuplah Allah menjadi penolong kami, dan Allah adalah sebaik-baiknya pelindung.”

Hasbunallah Wanikmal Wakil

Kelebihan Membaca Zikir & Doa Hasbunallah Wanikmal Wakil

Ucapan ini menjadi zikir, doa, dan penguat jiwa dalam menghadapi kesusahan. Antara hikmahnya:

  1. Menenangkan hati – Mengajar kita supaya tidak terlalu risau dengan ancaman manusia atau masalah hidup, kerana Allah lebih berkuasa daripada segalanya.
  2. Tanda tawakkal – Menyerahkan segala urusan kepada Allah selepas berusaha.
  3. Menguatkan iman – Mengingatkan bahawa hanya Allah tempat pergantungan sebenar, bukan makhluk.
  4. Sebagai doa untuk memohon perlindungan dan pertolongan Allah.

Leave a Comment