Contoh Ucapan Syabas & Tahniah Yang Sesuai Digunakan

By mukmin

Ucapan tahniah ialah kata-kata atau mesej yang disampaikan untuk menyatakan kegembiraan, penghargaan, atau sokongan terhadap seseorang yang mencapai sesuatu kejayaan, pencapaian, atau detik penting dalam hidupnya, khususnya kepada rakan serta ahli keluarga terdekat.

Dengan kemudahan teknologi seperti media sosial dan aplikasi chat, ucapan-ucapan tahniah kini boleh disampaikan dengan mudah hanya di hujung jari.

Contoh Ucapan Tahniah

Berikut adalah senarai ucapan tahniah dan syabas dalam konteks Islamik yang boleh digunakan untuk pelbagai majlis, pencapaian, atau kejayaan:

Ucapan Tahniah Umum

  • Tahniah! Semoga kejayaan ini diberkati Allah dan menjadi asbab bertambahnya kebaikan dalam hidupmu.”
  • Alhamdulillah, tahniah atas kejayaanmu. Moga Allah limpahkan keberkatan, rahmat dan kebahagiaan yang berterusan.”
  • Tahniah! Semoga Allah jadikan pencapaian ini sebagai permulaan kepada lebih banyak kejayaan dunia dan akhirat.”
  • Syabas dan tahniah! Moga Allah sentiasa bimbing langkahmu ke arah kebaikan dan kejayaan yang diredai-Nya.”
  • Tahniah! Semoga kejayaan ini menambah iman dan takwa dalam hidupmu.
  • Syabas! Semoga Allah melimpahkan ilmu, rezeki, dan kebahagiaan berpanjangan.
  • Tahniah! Moga setiap usaha yang dilakukan diberkati Allah.
  • Syabas! Semoga kejayaanmu menjadi inspirasi dan manfaat untuk orang lain.

Ucapan Tahniah untuk Pendidikan

  • “Tahniah atas kejayaan dalam peperiksaan. Semoga ilmu yang diperoleh menjadi ilmu yang bermanfaat dan dirahmati Allah.”
  • “Syabas! Semoga ilmu yang dicapai menjadi bekalan untuk dunia dan akhirat.”
  • “Tahniah! Semoga kejayaan ini menjadi dorongan untuk terus menuntut ilmu dan berbakti kepada agama dan masyarakat.”
  • Tahniah! Semoga kejayaan ini menjadi titik permulaan untuk lebih cemerlang dan mendekatkan diri kepada Allah.
  • Syabas! Semoga Allah terus mempermudahkan perjalanan pembelajaranmu.

Ucapan Tahniah untuk Perkahwinan

  • “Tahniah atas perkahwinan. Semoga Allah memberkati rumah tangga kalian dan menjadikannya sakinah, mawaddah, dan rahmah.”
  • “Syabas! Semoga kehidupan berumah tangga dipenuhi keberkatan, kasih sayang, dan keredhaan Allah.”
  • “Tahniah! Semoga Allah mempermudah perjalanan hidup berdua dan memberi kebahagiaan yang berpanjangan.”
  • Tahniah atas ikatan perkahwinan yang dibina. Semoga hidup kalian penuh dengan kebahagiaan dan kenangan indah.

Ucapan Tahniah untuk Kelahiran Anak

  • Tahniah atas kelahiran si kecil! Semoga Allah menjadikannya anak yang soleh/solehah dan membawa kebahagiaan kepada keluarga.
  • Syabas! Semoga Allah melindungi dan membimbing anak ini ke jalan yang diridhaiNya.
  • Tahniah! Semoga anak ini menjadi penyejuk hati ibu bapa dan sumber pahala yang berterusan.
  • Dunia anda akan menjadi lebih baik dengan kehadiran buah hati. Semoga kehidupan anda dipenuhi dengan cinta, kasih sayang dan kenangan manis bersama.
  • Tahniah kerana menjadi ibu bapa buat kali pertama. Nikmatilah setiap saat dengan penuh kasih sayang dan ketawa bayi!

Leave a Comment