Dalam sejarah Islam, terdapat sepuluh insan mulia yang menerima penghormatan tertinggi daripada Rasulullah SAW. Mereka bukan sekadar sahabat setia Baginda, bahkan tergolong dalam golongan yang dijanjikan syurga. Siapakah mereka, dan apakah kisah pengorbanan yang mereka tinggalkan?
Sepuluh sahabat Nabi Muhammad SAW yang dijamin masuk syurga ini dikenali sebagai ‘Asharah al-Mubasharūn bil-Jannah. Mereka adalah antara sahabat yang memiliki kedudukan mulia kerana keimanan, pengorbanan, dan jasa besar dalam Islam.
Senarai 10 Sahabat Nabi Yang Dijamin Syurga
Berikut disenaraikan 10 sahabat Nabi yang dijamin syurga, bersama kisah ringkas pengorbanan mereka.

1. Abu Bakar As-Siddiq
- Khalifah pertama selepas kewafatan Nabi SAW.
- Sahabat paling rapat dengan Nabi SAW
- Beliau terkenal dengan kesetiaan dan keberaniannya, serta pengorbanannya yang sangat besar dalam menyebarkan Islam.
2. Umar bin al-Khattab
- Khalifah kedua selepas kewafatan Abu Bakar.
- Tegas dalam menegakkan kebenaran dan keadilan.
- Islam semakin kuat selepas beliau memeluk agama ini.
- Di bawah kepimpinannya, wilayah Islam berkembang luas.
3. Uthman bin Affan
- Khalifah ketiga yang terkenal dengan sifat pemurah dan kebijaksanaannya.
- Uthman turut berperanan besar dalam penyusunan dan penulisan al-Quran, bagi memastikan wahyu Allah terpelihara dengan sempurna.
4. Ali bin Abi Talib
- Khalifah keempat, sepupu dan menantu Nabi SAW suami kepada Fatimah.
- Pahlawan berani di medan perang, terkenal dengan ilmunya yang luas.
- Dikenali dengan kesetiaan yang tidak berbelah bagi terhadap Nabi Muhammad.
5. Talhah bin Ubaidillah
- Pahlawan gagah yang mempertahankan Nabi SAW dalam Perang Uhud sehingga tubuhnya dipenuhi luka.
- Talhah terkenal dengan keberaniannya di medan perang.
6. Zubair bin al-Awwam
- Sepupu Nabi SAW dan menantu Abu Bakar.
- Zubair adalah pahlawan yang sangat setia kepada Nabi. Beliau merupakan salah seorang dari sepuluh yang dijamin syurga kerana keberanian dan kesetiaannya dalam setiap peperangan
7. Abdurrahman bin Auf
- Sahabat yang terkenal sebagai ahli perniagaan yang sangat dermawan.
- Beliau sentiasa membantu umat Islam yang memerlukan serta mengutamakan kepentingan agama melebihi kepentingan peribadi.
8. Sa‘ad bin Abi Waqqas
- Sa’ad adalah pemimpin tentera Islam yang berjaya dan terkenal dengan kesetiaan serta pengorbanannya dalam perjuangan di medan perang.
- Pahlawan handal yang memanah tepat di medan perang.
9. Sa‘id bin Zaid
- Menantu Umar al-Khattab.
- Terkenal sebagai pejuang yang setia dan termasuk dalam golongan yang awal masuk Islam.
- Said adalah sahabat yang sangat taat kepada ajaran Islam dan turut serta dalam banyak peperangan. Beliau adalah contoh pengorbanan dan kesetiaan kepada Nabi.
10. Abu Ubaidah bin al-Jarrah
- Digelar Amin al-Ummah (Orang yang paling amanah dalam umat ini).
- Panglima tentera Islam yang hebat.
- Menjadi pemimpin dalam pembukaan wilayah Syam.



