Doa Halau Semut Yang Boleh Diamalkan

By mukmin

Doa halau semut ialah doa yang dibaca sebagai ikhtiar memohon kepada Allah agar semut berpindah dari sesuatu tempat tanpa perlu dibunuh atau disakiti.

Dalam Islam, semut merupakan makhluk ciptaan Allah yang tidak wajar dibunuh tanpa sebab yang kukuh. Sekiranya kehadirannya di rumah menimbulkan gangguan, terdapat satu doa yang diambil daripada kisah Nabi Sulaiman a.s, yang dikurniakan Allah kemampuan memahami bahasa haiwan termasuk semut. Doa ini dijadikan panduan oleh umat Islam untuk menghalau semut dengan cara yang baik.

Cara Halau Semut

Berikut adalah doa halau semut yang boleh anda amalkan:

Doa Nabi Sulaiman

Maksudnya: “Sesungguhnya (surat) itu dari Sulaiman yang isinya, “Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.”

Petua Lain Halau semut

Berikut beberapa cara berkesan untuk menghalau semut, sama ada di rumah atau di kawasan tertentu, menggunakan bahan semula jadi dan kaedah selamat:

1. Cuka putih – Campur cuka dan air (nisbah 1:1) dalam botol spray, sembur pada laluan atau sarang semut.

2. Serbuk kopi – Tabur pada kawasan semut masuk. Serbuk kopi asli mempunyai bau yang sangat kuat yang tidak disukai semut.

3. Air Lemon – Menyembur air lemon di kawasan yang sering dilalui semut dapat menghalau mereka kerana aromanya menutup jejak bau makanan yang menarik perhatian semut.

4. Garam – Menabur garam di laluan semut dapat mencegah semut daripada memasuki rumah.

5. Kekalkan kebersihan – Lap permukaan meja dan lantai dengan air sabun, simpan makanan dalam bekas kedap udara, dan pastikan tong sampah bertutup rapat.

Leave a Comment