Ucapan “Selamat Hari Ibu” adalah satu bentuk penghargaan dan kasih sayang yang diungkapkan kepada ibu sempena sambutan Hari Ibu. Ucapan ini bertujuan untuk menunjukkan rasa cinta, terima kasih, dan penghormatan atas segala pengorbanan, kasih sayang, dan jasa ibu dalam membesarkan serta mendidik anak-anak.
Berikut beberapa contoh ucapan Hari Ibu yang boleh anda jadikan inspirasi untuk menyampaikan rasa terima kasih kepada ibu tersayang.
Ucapan Menyentuh Hati
- “Selamat Hari Ibu. Terima kasih kerana menjadi cahaya dalam hidup kami. Doa ibu adalah kekuatan kami setiap hari.”
- “Ibu, tiada kata mampu menggambarkan betapa berharganya dirimu. Terima kasih atas segalanya. Selamat Hari Ibu.”
- “Kasih ibu tiada tandingan. Selamat Hari Ibu buat insan teristimewa yang sentiasa menyayangi tanpa syarat.”
- Setiap peluh dan air mata ibu, menjadi kekuatan untuk kami terus melangkah. Kami sayang ibu.
- Walaupun aku tidak selalu mengungkapkan, kasihku padamu tiada penghujungnya. Selamat Hari Ibu, insan teristimewa.
- Ibu adalah cinta yang tidak ternilai dan tidak terganti. Hanya Allah yang mampu membalas segalanya.
- Ya Allah, panjangkan umur ibuku, sihatkan tubuh badannya dan limpahkan rahmat-Mu ke atasnya. Selamat Hari Ibu.
- Di sebalik senyumanmu, tersembunyi ribuan pengorbanan. Di dalam hatimu, tersemat kasih yang tak bertepi. Selamat Hari Ibu.”
- “Ibu, engkaulah pelita hidupku. Tanpamu, dunia ini sepi. Selamat Hari Ibu.”
- “Jasamu ibu, seluas lautan dan setinggi langit. Hari ini khas untukmu. Selamat Hari Ibu!”
Ucapan Ringkas & Umum
- “Selamat Hari Ibu. Saya sayang ibu sepenuh hati.”
- “Terima kasih, ibu. Kaulah segalanya dalam hidupku. Selamat Hari Ibu!”
- “Untuk ibu yang teristimewa, selamat menyambut Hari Ibu!”
- Selamat Hari Ibu! Terima kasih atas kasih sayang dan pengorbananmu.
- Tiada siapa dapat menggantikan ibu di hati ini. Selamat Hari Ibu!
- Terima kasih kerana sentiasa ada untukku. Selamat Hari Ibu!
- Ibu adalah anugerah terindah dari Allah. Selamat Hari Ibu!
- Kasih ibu membawa ke syurga. Terima kasih, ibu.
- Semoga ibu sentiasa dalam lindungan Allah, diberikan ketenangan hati dan kebahagiaan dunia akhirat.
- Doaku sentiasa mengiringi ibu. Terima kasih kerana menjadi insan paling bermakna dalam hidup ini.
- Moga ibu sentiasa dirahmati dan diberikan syurga sebagai tempat istirehat abadi.


