Tanda-Tanda Kiamat : Kecil & Besar

By mukmin

Dalam Islam, hari kiamat pasti akan berlaku. Sebelum ia berlaku, Allah SWT telah menetapkan pelbagai tanda sebagai amaran dan peringatan kepada manusia. Umat Islam meyakini bahawa akhir zaman merupakan sebahagian daripada rahsia Allah, dan tiada sesiapa pun yang mengetahui bila sebenarnya hari kiamat akan terjadi.

Namun, Nabi Muhammad SAW telah memberitahu bahawa sebelum kiamat tiba, akan muncul pelbagai tanda yang dapat disaksikan oleh seluruh umat manusia. Tanda-tanda ini terbahagi kepada dua kategori utama, iaitu tanda-tanda kiamat kecil dan tanda-tanda kiamat besar.

Tanda Kiamat Kecil dan Besar

Tanda-tanda kiamat dibahagikan kepada dua kategori utama dalam Islam, iaitu:

A. TANDA-TANDA KIAMAT KECIL

Tanda-tanda ini berlaku lebih awal dan kebanyakannya telah pun berlaku atau sedang berlaku. Ia adalah petunjuk kepada semakin hampirnya hari kiamat.

Antara Tanda-Tanda Kecil Kiamat:

1. Penaklukan Baitulmaqdis

  • Dari Auf b Malik r.a katanya, “Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Aku menghitung enam perkara menjelang Hari kiamat. “Baginda menyebutkan salah satu diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” (Sahih Bukhari)

2. Terbuka luasnya maksiat dan perbuatan haram

  • Zina, arak, riba, rasuah dan hiburan melampau menjadi normal.

3. Wujudnya fitnah dan perpecahan dalam umat Islam

  • Fitnah harta, kuasa, dan agama.
  • Perpecahan mazhab dan fahaman yang menyimpang.

4. Ilmu agama semakin berkurangan

  • Ulama meninggal dunia dan tidak diganti. Ilmu diambil dari orang bukan ahlinya.

5. Banyak berlaku pembunuhan dan peperangan

  • Berlaku fitnah, bunuh tanpa sebab yang jelas.

6. Ramainya wanita, sedikitnya lelaki

  • Nisbah lelaki dan wanita menjadi tidak seimbang.

7. Manusia berlumba membina bangunan tinggi

8. Manusia berlumba membina bangunan tinggi

9. Orang miskin berlumba menjadi kaya dan bermegah-megah

10. Munculnya ramai pendusta yang mengaku nabi

11. Orang jahil menjadi pemimpin

12. Tanah Arab menjadi subur dan menghijau

13. Tersebarnya muzik dan hiburan berlebihan

14. Banyak gempa bumi, kerosakan alam dan bencana

15. Orang fasik dimuliakan, orang beriman dipinggirkan

  • Nilai agama dan kebaikan semakin tidak dihargai.

16. Masa terasa semakin singkat

  • Sehari terasa seperti sejam.

17. Ramai Wanita Berpakaian Tetapi hakikatnya telanjang

  • Diriwayatkan dari Abu Huraira r.a “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”

B. TANDA-TANDA KIAMAT BESAR

Tanda ini berlaku menjelang kiamat yang sebenar. Ia luar biasa dan menggemparkan dunia. Antaranya:

1. Keluarnya Dajjal

2. Turunnya Nabi Isa AS

3. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj

4. Terbit matahari dari sebelah barat

5. Terjadinya “Dukhan” iaitu seluruh dunia ditutupi debu selama 40 hari.

6. Keluarnya Dabbatul Ard (binatang dari bumi). Binatang besar dari bumi yang berbicara dan memberi tanda iman/kufur kepada manusia.

7. Keluarnya api dari Yaman mengiringi manusia.

8. Tiga kali tenggelamnya bumi (khasf): Di Timur, di Barat, dan di Semenanjung Arab.

9. Akan muncul pelbagai wabak penyakit yang amat dahsyat dan mengerikan melanda seluruh dunia yang belum pernah dilihat pada kaum terdahulu melainkan akan menimpa kepada umat akhir zaman.

“Sesungguhnya ia (hari Kiamat) tidak akan berlaku melainkan setelah kamu melihat sebelum daripadanya sepuluh tanda”. “Baginda SAW menyebut (tanda-tanda tersebut): Asap, Dajjal, al-Dabah, terbitnya matahari dari barat, turunnya Nabi Isa anak kepada Maryam, Ya’juj dan Ma’juj dan tiga gerhana iaitu satu gerhana di Timur, satu gerhana di Barat dan satu lagi gerhana di rantau atau jazirah Arab. Seterusnya, yang terakhir adalah keluarnya api dari Yaman yang menghalau manusia ke Mahsyar mereka”. [Riwayat Muslim (2901)]

Kesimpulan

Tanda-tanda kiamat kecil banyak yang telah dan sedang berlaku. Manakala kiamat besar belum berlaku dan akan muncul secara berturut-turut apabila saatnya hampir tiba. Setiap tanda adalah peringatan untuk kita kembali kepada Allah dan memperbaiki amal sebelum terlambat.

Leave a Comment