Cara Ambil Wuduk

By mukmin

Maksud Wuduk

Wuduk ialah perbuatan menyucikan diri dengan membasuh anggota-anggota tertentu menggunakan air bersih dan suci, sebagai syarat sah untuk melakukan ibadah tertentu seperti solat, tawaf dan menyentuh al-Quran.

Dari segi bahasa, wuduk bermaksud kebaikan dan kebersihan. Manakala dari segi istilah, wuduk ialah perbuatan menggunakan air yang bersih dan suci untuk membasuh bahagian-bahagian tertentu seperti:

  • Membasuh muka
  • Membasuh kedua-dua tangan hingga ke siku
  • Menyapu sebahagian kepala
  • Membasuh kedua-dua kaki hingga ke buku lali
    Semua ini dilakukan dengan dimulakan niat.

Rukun Wuduk

Antara rukun wuduk yang perlu kita ketahui adalah seperti berikut:

  • Niat – Berniat untuk berwuduk semasa membasuh anggota pertama.
  • Membasuh muka – Dari tempat tumbuh rambut kepala hingga dagu, dan dari telinga kanan ke telinga kiri.
  • Membasuh kedua tangan hingga ke siku.
  • Menyapu sebahagian kepala.
  • Membasuh kedua kaki hingga buku lali.
  • Tertib – Mengikut susunan seperti di atas.

Kepentingan Wuduk

  • Syarat sah solat – Tanpa wuduk, solat tidak sah.
  • Mendapat pahala dan keampunan dosa – Nabi SAW bersabda bahawa dosa-dosa kecil akan gugur apabila seseorang berwuduk dengan sempurna.
  • Menjadi cahaya pada hari kiamat – Anggota wuduk akan bersinar sebagai tanda keimanan.

Cara Ambil Wuduk

  • Mulakan dengan niat mengambil wudhu’
  • Membersihkan kedua belah tangan sebanyak tiga kali
  • Berkumur sebanyak tiga kali.
  • Membersihkan hidung sebanyak tiga kali.
  • Membasuh muka sebanyak 3 kali dan berniat dalam hati : Nawaitu udu’a lillahi Ta’ala (Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Ta’ala)
  • Membasuh tangan kanan dan kiri hingga ke siku sebanyak tiga kali
  • Menyapu air ke kepala sebanyak tiga kali.
  • Menyapu telinga kanan sebanyak tiga kali, dan juga telinga kiri sebanyak tiga kali.
  • Membasuh kaki kanan dan kiri hingga ke buku lali sebanyak 3 kali.
  • Berdoa selepas mengambil wudhu’ : Asy hadu al-laa ilaha il-lallah, wahdahu laa syarikalah, Wa asy hadu anna Muhammadan abduhu warasuluh, Allahummaj alnii minat tauwaa bin, waj alnii minalMutatah hirin, Waj alnii min ibadikas solihin.

Perkara Yang Membatalkan Wuduk

Antara perkara yang membatalkan wuduk ialah:

  1. Keluar sesuatu dari dubur atau kemaluan (air kecil, air besar, angin).
  2. Tidur yang lena hingga hilang kesedaran.
  3. Hilang akal (pengsan, mabuk, gila).
  4. Menyentuh kemaluan dengan tapak tangan tanpa lapik (mengikut mazhab Syafi‘i).
  5. Bersentuhan kulit lelaki dan perempuan yang bukan mahram (mengikut mazhab Syafi‘i).

    Leave a Comment