Tertinggal Tahiyat Awal Dalam Solat : Apa Perlu Dilakukan?

By mukmin

Menuntut ilmu berkaitan hukum-hakam ibadah adalah suatu kewajipan bagi setiap Muslim agar ibadah yang dilakukan sah dan diterima oleh Allah SWT. Setiap ibadah, termasuk solat, merangkumi aspek penting seperti rukun, syarat wajib, syarat sah, hukum dan lain-lain.

Solat pula merupakan ibadah harian yang wajib dilaksanakan oleh setiap mukallaf. Sebahagian hukum solat perlu difahami secara terperinci, manakala sebahagian lagi mencukupi dengan pengetahuan umum.

Apa yang perlu dilakukan jika tertinggal tahiyat awal?

Persoalan ini sering dibangkitkan oleh umat Islam yang bimbang akan kesahihan ibadah solat mereka apabila terlupa melaksanakan salah satu rukun solat.

Mengulas perkara tersebut, Ustaz Azhar Idrus dalam ceramahnya yang bertajuk ‘Apa Perlu Buat Tertinggal Tahiyat Awal Dalam Solat?’ menjelaskan bahawa solat tetap sah sekiranya seseorang terlupa membaca tahiyat awal.

Menurutnya, walaupun seseorang terlupa untuk duduk tahiyat awal, solat tersebut tetap diterima oleh Allah selagi tidak melanggar atau meninggalkan rukun-rukun utama dalam solat.

Bagaimanapun, Ustaz Azhar Idrus menegaskan bahawa terdapat beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian dalam hal ini.

Jika kita terlupa membaca tahiyat awal an hanya menyedarinya selepas selesai membaca tahiyat akhir, solat tersebut tetap sah. Namun, jika kita teringat sebelum memberi salam, disunatkan untuk melakukan sujud sahwi sebanyak dua kali.

“Sujud sahwi ini dilakukan sebagai tanda bahawa kita telah terlupa suatu perkara yang penting dalam solat dan ingin membetulkannya,” kongsinya.

Ustaz Azhar Idrus menambah, sekiranya imam atau makmum teringat bahawa mereka belum membaca tahiyat awal, maka mereka hendaklah segera melakukan sujud sahwi sebelum memberi salam.

Menurutnya, sujud sahwi itu berfungsi untuk menampung kekurangan dalam solat dan menyempurnakannya dari segi hukum.

Leave a Comment