Surah Al-‘Asr : Bacaan Rumi & Terjemahan

By mukmin

Surah Al-‘Asr (سورة العصر) adalah surah ke-103 dalam al-Quran. Ia terdiri daripada 3 ayat dan tergolong dalam surah Makkiyyah (diturunkan di Makkah). Surah ini sangat pendek tetapi padat dengan makna dan pengajaran yang mendalam.

Teks Surah Al-‘Asr

Berikut adalah bacaan surah Al-Asr dalam arab, rumi beserta maksudnya.

Bismillah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

A001

Rumi : Wal-‘asr

Maksudnya : Demi Masa!

A002

Rumi : Innal-insāna lafī khusr

Maksudnya : Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian –

A003

Rumi : Illallazīna āmanū wa ‘amiluṣ-ṣāliḥāti wa tawāṣaw bil-ḥaqqi wa tawāṣaw biṣ-ṣabr

Maksudnya : Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Pengajaran dari Surah Al-‘Asr

  • Hargai masa – jangan sia-siakan waktu.
  • Iman tanpa amal tidak cukup.
  • Kebaikan mesti dikongsi, bukan disimpan sendiri.
  • Sabar adalah kekuatan dalam menghadapi cabaran hidup.

Leave a Comment