Senarai Doa Nabi Musa Dalam Al-Quran

By mukmin

Nabi Musa AS merupakan salah seorang Nabi dan Rasul yang wajib diketahui oleh setiap umat Islam.

Kisah perjalanan hidup baginda banyak disebut dalam Al-Quran, antaranya peristiwa ketika kelahirannya, bagaimana baginda diselamatkan oleh isteri Firaun, serta perjuangannya menentang kezaliman Firaun. Al-Quran juga menceritakan pelbagai mukjizat besar yang dikurniakan kepada baginda.

Doa Nabi Musa

Doa Nabi Musa AS merupakan rangkaian permohonan yang dipanjatkan kepada Allah SWT bagi mendapatkan pertolongan, perlindungan, dan petunjuk dalam menghadapi pelbagai situasi yang mencabar. Doa-doa ini tercatat dalam Al-Quran dan menjadi sumber inspirasi serta amalan umat Islam untuk memohon kekuatan, kelapangan urusan, dan kebaikan dalam kehidupan seharian.

Berikut beberapa doa Nabi Musa AS:

1. Doa dipermudahkan urusan

Doa Nabi Musa

Maksudnya : “Ya Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkan bagiku segala urusanku dan lancarkanlah lidahku, supaya mereka memahami kata-kataku.” – (Surah Taha: ayat 25-28)

2. Doa memohon keampunan

Doa Nabi Musa AS

Maksudnya : “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menzalimi diri sendiri; oleh itu ampunkanlah dosaku.”
(Maka Allah Taala menerima taubatnya) lalu mengampunkan dosanya, sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” – (Surah Al-Qasas: ayat 16)

3. Doa memohon kebaikan

Doa Nabi Musa AS

Maksudnya : “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan.” – (Surah Al-Qasas: ayat 24)

4. Doa memohon petunjuk dalam hidup

Doa Nabi Musa AS

Maksudnya : “Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dari kaum yang zalim “. (21) ..”Mudah-mudahan Tuhanku menunjukkan jalan yang benar kepadaku,”. (22) – (Surah Al-Qasas: ayat 21 & 22)

Doa Nabi Musa mengajar kita agar:

  • Meminta ketenangan jiwa sebelum memulakan sesuatu.
  • Mohon kemudahan dari Allah, bukan hanya bergantung pada diri sendiri.
  • Minta kemampuan untuk berkomunikasi dengan jelas.
  • Fokus kepada hasil – supaya orang faham dan terkesan dengan apa yang disampaikan.

Leave a Comment