Panduan Tempoh Pengiraan Iddah Untuk Wanita Bercerai

By mukmin

Iddah bermaksud tempoh menunggu yang wajib dilalui oleh seorang wanita selepas berpisah dengan suaminya, sama ada melalui perceraian (talak) atau kematian suami, sebelum dia boleh berkahwin semula.

Tujuan Iddah:

  1. Memastikan tiada kehamilan daripada suami terdahulu.
  2. Memberi ruang masa untuk wanita itu bersedih dan menyesuaikan diri.
  3. Menjaga kehormatan dan maruah wanita serta keluarga.
  4. Mematuhi perintah syariat.

Jenis dan Tempoh Iddah 

Iddah terbahagi kepada dua jenis, iaitu iddah disebabkan perceraian semasa suami masih hidup dan iddah akibat kematian suami.

Setiap jenis iddah mempunyai kaedah pengiraannya yang tersendiri, yang menentukan sama ada tempoh iddah itu singkat atau panjang. Secara umumnya, pengiraan iddah terbahagi kepada tiga kategori, iaitu:

  1. Iddah dengan kiraan suci (quru)
  2. Iddah dengan kiraan bulan; dan
  3. Iddah dengan kelahiran atau keguguran kandungan

Panduan Tempoh Iddah Untuk Wanita Yang Bercerai

Panduan tempoh iddah bagi wanita yang bercerai adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah:

Panduan Tempoh Iddah Untuk Wanita Yang Bercerai

NOTA: 

Talak terbahagi kepada dua jenis, iaitu:

1. Talak Raj‘ie: Merujuk kepada talak satu atau dua yang dilafazkan oleh suami. Dalam tempoh iddah, suami BOLEH RUJUK kembali isterinya tanpa memerlukan akad nikah dan mas kahwin yang baharu.

2. Talak Bain: Merujuk kepada talak yang tidak boleh dirujuk oleh suami dalam tempoh iddah. Namun, suami masih boleh mengahwini semula bekas isterinya dengan akad nikah dan mas kahwin yang baharu.

Talak bain terbahagi kepada dua, iaitu talak bain sughra dan talak bain kubra:

  • Talak Bain Sughra (Kecil):
    • Berlaku apabila suami menceraikan isteri dengan talak raj‘ie (satu atau dua) tetapi tidak merujuknya sehingga tamat tempoh iddah. Termasuk juga dalam kategori ini ialah penceraian yang berlaku sebelum berlakunya persetubuhan, penceraian disebabkan oleh ila’ (suami bersumpah tidak mahu menyetubuhi isteri), fasakh, khulu’ (tebus talak), serta apabila suami atau isteri murtad.
  • Talaq bain kubra(besar):
    • Talak 3 yang dilafazkan dengan satu lafaz atau talak raj’ie yang telah berlaku sebanyak 3 kali. Apabila terjatuhnya talak TIGA, maka suami tidak boleh kembali mengahwini isterinya melainkan setelah memenuhi SYARAT-SYARAT berikut:

1. Setelah iddah isteri selesai.

2. Bekas isteri berkahwin dengan lelaki lain.

3. Suami yang baru menyetubuhi bekas isteri itu.

4. Suami yang baru menceraikan bekas isteri.

5. Selesai iddah setelah bercerai dari suami baru.

Panduan Kiraan Tempoh Iddah

Menurut laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, panduan pengiraan tempoh iddah sebanyak tiga kali suci bagi wanita yang mempunyai kitaran haid teratur dan datang setiap bulan adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut:

  1. Talak ketika Suci
Panduan Kiraan Tempoh Iddah
  1. Talak ketika Haid
Panduan Kiraan Tempoh Iddah



Leave a Comment