Panduan Mandi Taubat Beserta Niat

By mukmin

Tiada manusia yang terlepas daripada dosa, sama ada dosa kecil atau besar. Sebagai tanda penuh penyesalan, anda disarankan melakukan mandi taubat serta menunaikan solat taubat.

Mandi taubat ialah mandi sunat yang dilakukan sebagai tanda penyesalan seorang hamba terhadap dosa-dosa yang telah dilakukan, sama ada dosa kecil mahupun besar. Ia bukanlah mandi wajib yang disyaratkan dalam ibadah tertentu, tetapi dilakukan untuk membersihkan diri secara zahir dan batin ketika kembali bertaubat kepada Allah SWT.

Cara Mandi Taubat dan Niatnya

Niat Mandi Taubat

Berikut bacaan untuk niat mandi taubat:

niat mandi taubat

Selepas membaca niat tersebut, teruskan dengan membaca doa ini:

“Ya Allah, aku berniat untuk taubat kepada-Mu dari segala dosa yang pernah aku lakukan. Terimalah taubatku ini, ya Allah. Sungguh, Engkau adalah sebaik-baik Dzat yang menerima taubat”.

Cara Ringkas Mandi Taubat

  1. Berniat di dalam hati: “Sahaja aku mandi sunat taubat kerana Allah Taala.”
  2. Berwuduk seperti biasa.
  3. Ratakan air ke seluruh tubuh, dimulakan dengan bahagian kanan kemudian kiri. Pastikan tiada anggota badan yang tertinggal daripada terkena air.

Amalan Selepas Mandi Taubat

  • Menunaikan solat sunat taubat dua rakaat.
  • Memperbanyakkan istighfar dan doa dengan penuh keinsafan.
  • Berazam untuk tidak mengulangi dosa yang sama.

Leave a Comment