Panduan Idgham Bila Ghunnah Beserta Contoh Bacaan

By mukmin

Maksud Idgham Bila Ghunnah

Idgham Bila Ghunnah ( إَدْغَامٌ بِلَا غُنَّةٍ ) bermaksud “memasukkan tanpa dengung”.

Idgham: Memasukkan
Bila: Tanpa
Ghunnah: Dengung

Idgham bermaksud memasukkan atau menggabungkan. Dari segi istilah, ia merujuk kepada penggabungan bunyi huruf yang bersukun ke dalam huruf yang berbaris.

Huruf Idgham Bila Ghunnah

Tanda Idgham Bila Ghunnah berlaku apabila huruf nun sukun atau tanwin bertemu dengan salah satu huruf Idgham Bila Ghunnah. Terdapat dua huruf bagi Idgham ini, iaitu:

  1. Lam ( ل )
  2. Ra’ ( ر )

Hukum Bacaan Idgham Bila Ghunnah

Apabila huruf nun mati atau tanwin bertemu dengan huruf Lam (ل) atau Ra’ (ر), maka huruf nun atau tanwin tersebut digabungkan ke dalam huruf berikutnya tanpa dengung ketika dibaca.

Suara juga hendaklah dipastikan tidak dipanjangkan semasa menggabungkan Nun ke dalam huruf Lam dan Ra’, bagi mengelakkan berlakunya dengung.

Contoh:

Dalam contoh ini, nun mati ( ن ) dalam satu ayat bertemu dengan huruf ra’ ( ر ) dalam ayat lain

Contoh Bacaan Idgham Bila Ghunnah

Berikut adalah contoh bacaan Idgham Bila Ghunnah.

Contoh Bacaan Idgham Bila Ghunnah

Contoh Idgham Bila Ghunnah Dari Al-Quran

Berikut adalah contoh Idgham Bila Ghunnah yang terdapat dalam al-Quran:

1.Surah ali Imraan ayat 31

idgham bila ghunnah

2.Surah ali Imraan ayat 3

idgham bila ghunnah

3.Surah ali Imraan ayat 50

idgham bila ghunnah

4.Surah ali Imraan ayat 8

idgham bila ghunnah




Leave a Comment